Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Proton e.MAS 7 PHEV Cipta Sejarah Pandu Lebih 1,100KM Tanpa Cas & Minyak, Tempahan Dibuka Serendah RM99

by Ayu Kamaruddin
January 14, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuka tempahan awal Proton e.MAS 7 PHEV serba baharu dengan bayaran serendah RM99, sekali gus menandakan kemunculan model Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) sulung di bawah jenama Proton e.MAS di pasaran tempatan.

Lebih mencuri perhatian, model ini bukan sekadar diperkenalkan atas kertas, sebaliknya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya dipandu sejauh lebih 1,100 kilometer tanpa mengisi minyak atau mengecas bateri.

Ujian 25 Jam Tanpa Henti, Dari Utara Ke Selatan

Proton e.MAS 7 PHEV membuktikan keupayaannya menerusi pemanduan siaran langsung selama 25 jam, merentasi laluan Pulau Pinang ke Johor Bahru melalui Lebuhraya Utara–Selatan sebelum berakhir di PROTON Centre of Excellence (COE).

Menurut PRO-NET, pemanduan jarak jauh itu menggunakan sebuah kenderaan yang sama tanpa sebarang pengisian bahan api atau pengecasan, sekali gus menampilkan prestasi penggunaan sebenar serta kesesuaian teknologi PHEV untuk corak pemanduan di Malaysia.

Via laman web rasmi Proton e.Mas

Secara tidak langsung, ujian ini menjawab kebimbangan utama pengguna terhadap jarak pemanduan kenderaan elektrik, especially untuk perjalanan jauh.

PHEV Pertama Proton e.MAS, Fokus EV Tapi Tak ‘Risau Jarak’

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, menyifatkan Proton e.MAS 7 PHEV sebagai pencapaian penting apabila jenama itu berkembang daripada penawaran kenderaan elektrik sepenuhnya kepada teknologi hibrid plug-in.

“Model berkenaan direka khusus untuk rakyat Malaysia yang ingin menikmati pemanduan elektrik dalam kegunaan harian tanpa kebimbangan terhadap perjalanan jarak jauh,” katanya.

Pendekatan ini menjadikan Proton e.MAS 7 PHEV sebagai pilihan tengah antara EV sepenuhnya dan kereta petrol konvensional best of both worlds.

@paultancars

Ini dia, #Proton #eMas7PHEV baru! Now open for booking, harga anggaran dari RM110k ke RM130k. Best ke tak best? #paultancars #paultan #proton

♬ original sound – Paul Tan’s Automotive News – Paul Tan’s Automotive News

Teknologi Dwi-Kuasa Direka Untuk Jalan Raya Malaysia

Dari sudut teknologi, Proton e.MAS 7 PHEV dilengkapi sistem PHEV terkini dengan pemanduan elektrik sebagai keutamaan, digabungkan fleksibiliti hibrid.

Menggunakan sistem transmisi hibrid 11-dalam-1 serta bateri Lithium Ferro Phosphate (LFP), dengan pengurusan kuasa pintar yang membolehkan penukaran automatik antara mod EV dan hibrid mengikut situasi pemanduan.

Untuk pemanduan harian, kenderaan ini beroperasi dalam mod EV atau siri hibrid, manakala bagi lebuh raya dan cerun panjang, sistem akan mengaktifkan klac automatik bagi memastikan keseimbangan prestasi dan kecekapan.

Harga Anggaran & Tawaran Awal Jadi Tarikan

PRO-NET mendedahkan harga anggaran Proton e.MAS 7 PHEV dijangka berada antara RM110,000 hingga RM130,000, dengan fokus kepada pengalaman pemanduan elektrik yang selesa, senyap dan bebas pencemaran.

Tempahan kini dibuka dengan yuran RM99, selain rebat RM500 untuk 5,000 pelanggan terawal yang berjaya mendaftar.

Untuk maklumat lanjut dan pengalaman lebih dekat, orang ramai boleh menyertai atau menonton semula sesi siaran langsung yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Proton e.MAS, yang menampilkan perkongsian terperinci, sesi soal jawab serta demonstrasi pemanduan khas buat bakal pembeli.

Pelanggan boleh membuat tempahan menerusi laman web rasmi Proton e.MAS atau di bilik pameran Proton e.MAS sah di seluruh negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
PRO-NETProton e.MAS 7 PHEV
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak MPV Mewah Tapi Tak Mahu Sibuk Mengecas? GWM WEY G9 HEV Mungkin Jawapannya

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Kalau anda sedang mencari MPV mewah untuk keluarga, tetapi tidak mahu pening kepala memikirkan lokasi pengecasan, GWM Malaysia ada berita...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara