Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Pelanggan Tak Nampak Kedai, Dato Vida Dedah Kedai Boba Cik B Disihir?

Vida dakwa kedai Cik B kena sihir angkara hasad dengki orang terhadap beliau

by Puteri Alia
July 18, 2022
via Instagram Datuk Seri Vida

via Instagram Datuk Seri Vida

Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini di mana usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mendedahkan berita yang mengejutkan tentang keadaan kedai anak perempuannya iaitu Cik B Boba Lova yang kini sunyi sepi tanpa pelanggan di salah satu cawangan di Ipoh, Perak.

Kedai Disihir

Vida berkongsi pendedahan tersebut menerusi muatnaik video pendek di Instagram, usahawan kosmetik ini mengatakan kedai boba milik anak perempuannya di cawangan Jelapang 2, Ipoh, Perak tidak lagi dikunjungi pelanggan kerana ditutup secara ghaib dari pandangan orang ramai.

“@cikb_bobalova Kedai Cik B tepi jalan Jelapang 2. Pelanggan tak nampak kedai Cik B Boba Lova sebab kena sihir.” Tulisnya

Melihat coretan yang ditulis Vida lagi, usahawan ini berfikir panjang sebelum berkongsi pendedahan tersebut kerana hal berkenaan sihir bukan perkara yang boleh dipandang remeh.

“Saya fikir berpulu kali nak kongsi tak cerita ni. Ini bukan perkara main main. Sedah nak hadapi.. Dah berbulan pelanggan tak datang. Kata tutup. Tak nampak. Tak jumpa.

Jumpa ustaz kata ada orang tutup. Ada tanah kubur.” Coretnya

via Instagram Datuk Seri Vida

Netizen Titip Doa Buat Vida

Perkongsian Vida mendapat perhatian warganet, rata-ratanya ramai yang menitipkan doa buat usahawan kosmetik ini. Malah ada juga yang memberi komen berkongsi pengalaman dengan mengatakan kedai Cik B selalu dilihat tutup.

Murai MY menjengah keruangan komen, dan mendapati pelbagai respon dan reaksi warganet tentang isu yang sedang dihadapi usahawan kosmetik ini.

“Saya selalu lalu situ, selalu nampak kedai tutup.”

“Saya lalu nampak kosong je Dato, nak beli tapi tak pernah pun nampak buka. Tak tahu lah kan kot tak buka kedai.”

“Ya Allah Dato, semoga dalam lindungan dan jagaan Allah selalu.” Komen mereka

via Instagram Datuk Seri Vida

“Orang kita ni memang macam ni. Ish, memang tak patut.”

“Moga sentiasa dilindungi Allah dan dijauhkan dari hasrat dengki amin.”

“Moga dilindungi Allah dijauhkan segala hasrat dengki orang amin.” Komen mereka lagi

Selain berkongsi pendedahan ini di Instagram, Vida memuatnaik video di saluran YouTube nya, di mana menurut usahawan ini sihir yang dilakukan terhadap kedai Cik B adalah kerana angkara hasad dengki orang terhadapnya.

Topik Berkaitan Vida Dakwa Bakal Jadi ‘Pelakon Hebat Tahun Hadapan’, Angkat Watak Gelap Ala Joker Dalam Filem Baharu

Didalam video tersebut, Vida juga mendedahkan sihir tersebut diletakkan di pokok pisang berhampiran kedai boba Cik B.

Apa pun Murai mendoakan agar urusan Datuk Seri Vida dipermudahkan dan perniagaan kembali berjalan seperti biasa.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cik BCik B Boba Lovadatuk seri vidaDVSsihir
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara