Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Pelik Tapi Benar, Undangan Perkahwinan Ini Menggunakan Bungkusan Kopi

by Jash Lee
October 9, 2021
Share on Facebook

Perkahwinan merupakan satu kenangan yang terindah dalam kehidupan setiap orang.  Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang sanggup berhabis duit demi menjayakan majlis yang akan diadakan. Tujuannya agar majlis itu nanti akan menjadi satu kenangan dan peristiwa yang tidak akan dilupakan. Dan kebiasaannya, undangan perkahwinan akan dibuat dengan menggunakan kad jemputan.

Namun ada juga yang memilih untuk lebih bersederhana dan menggunakan cara yang lebih unik untuk jemputan ke majlis perkahwinan. Ini kerana, mereka tidak mahu menanggung kerugian selepas majlis berakhir. Bermula dari undangan perkahwinan, katering, solekan, wang hantaran, pakaian, pelamin dan sebagainya. Oleh itu, sebahagian besar akan mengambil kira secara terperinci supaya perbelanjaan yang dikeluarkan tidak merugikan dan lebih mendatangkan manfaat.

Kami akan berkongsi dengan pembaca tentang cara undangan perkahwinan yang dilakukan oleh sepasang pengantin ini yang telah memutuskan untuk membuat jemputan melalui bungkusan kopi. Jemputan perkahwinan mereka hanya dicetak di atas kertas biasa yang tertulis tarikh majlis, alamat, nama penerima dan nama pengantin dengan ukuran yang kecil dan dikepilkan pada bungkusan kopi.

Cara ini sangat unik dan pelik namun ianya benar-benar berlaku dan telah dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook Donny Golden, Donny berpendapat bahawa kebanyakan undangan perkahwinan yang telah dibaca akan dibuang, namun tidak untuk sebungkus kopi. Mereka pasti akan menikmati kopi tersebut ataupun menghadiahkan kepada orang lain. Disamping ianya sangat menarik serta tiada pembaziran, cara ini juga boleh menjadi kenangan dan sebutan kepada tetamu.

via FB

Donny juga mengatakan, cara itu bukan sahaja boleh dibuat dengan menggunakan kopi, anda juga mungkin boleh menggunakan bungkusan yang lain seperti sabun atau sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Ramai yang teruja dan terinspirasi dengan cara ini namun ramai yang menganggap cara ini tidak masuk akal. Pada pendapat Donny, cara itu adalah undangan perkahwinan yang pelik dan tak masuk akal tapi lebih mahal dari undangan yang menggunakan kad jemputan biasa.

[VIDEO] Minta 'Pusing' Masjid, Ramai Tak Jangka Aksi Kanak-Kanak Ini- "Rolling In Deep Ni Dik"
via Twitter

Mungkin anda juga terinspirasi dengan cara ini. Bukan sahaja unik tapi ini juga dikira sedekah. Hebat bukan?

sachetkopiundanganperkahwinanViral
https://lomp.at/k2adk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Budaya

Mustafa Jewellery Bawa 20 Pempengaruh ‘Take Over’ Jonker Street Melaka

by Phic ARMAN
April 15, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di Melaka bertukar lebih meriah apabila Mustafa Jewellery mempersembahkan perarakan budaya bertajuk “Kilauan Raya...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Islamik

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara