Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Peluang Emas untuk Rakyat Selangor! Alibaba Cloud Buka Jalan untuk Kuasai Teknologi AI

by Aphit J.
August 16, 2025
Share on Facebook

Selangor kini melangkah lebih jauh dalam dunia digital apabila Alibaba Cloud, salah satu penyedia teknologi awan terkemuka dunia, telah diiktiraf secara rasmi sebagai Penyedia Perkhidmatan Awan (CSP) di bawah inisiatif Servis Pelbagai Awan Selangor (SMC) yang baru dilancarkan.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha strategik negeri untuk mempercepatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan memacu transformasi digital secara menyeluruh.

SMC diterajui oleh MBI Selangor melalui anak syarikat penuh milik kerajaan negeri, Smartsel Sdn Bhd (SMARTSEL).

Membina Ekonomi Digital yang Inklusif dan Terbuka

Ia telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Hari Inovasi Digital MBI dan bakal menjadi antara tulang belakang kepada pelaksanaan agenda Smart Selangor menerusi pelan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan RS-2.

via arcis Communication

Bersama rakan tempatan, VSTECS Bhd, Alibaba Cloud akan menyediakan penyelesaian pelbagai awan (cloud) yang selamat dan fleksibel untuk digunakan oleh agensi kerajaan dan entiti negeri.

Menurut Kun Huang, Pengurus Besar Alibaba Cloud Malaysia, kolaborasi ini mencerminkan visi bersama untuk membina ekonomi digital yang inklusif dan terbuka kepada semua, dari penjawat awam hingga ke pelajar dan usahawan.

Menariknya, Alibaba Cloud bukan sahaja sediakan infrastruktur digital, tapi turut membawa dua inisiatif utama yang membuka akses AI kepada rakyat Selangor:

Kit Alatan AI Alibaba Cloud

Inisiatif ini menyediakan sumber percuma dan mudah digunakan untuk mereka yang ingin mula membina aplikasi AI tanpa memerlukan pengalaman teknikal mendalam. Antara tawaran yang menarik termasuk:

  • 1 juta token percuma bagi model bahasa besar (LLM)

  • Akses percuma ke pelbagai perkhidmatan awan termasuk storan dan API

  • Latihan dan panduan mesra pengguna, sesuai untuk pelajar, pendidik, PKS dan startup

Alasan Kenapa Bukit Broga Jadi Pilihan Spot Hiking & Sunrise Cantik?

Program “Celik AI Selangor”

via Alibaba Cloud

Platform pembelajaran AI secara dalam talian ini direka khas untuk rakyat Selangor. Ia menawarkan:

  • 8 kursus asas AI dan awan

  • Pensijilan Alibaba Cloud yang boleh digunakan untuk peluang kerja

  • Kelayakan untuk kakitangan awam, pendidik dan pelajar seluruh negeri

Langkah ini menunjukkan kesungguhan Alibaba Cloud dalam memastikan teknologi AI bukan hanya untuk golongan elit teknikal, tetapi juga boleh diakses oleh semua peringkat masyarakat.

Dengan gabungan infrastruktur canggih dan peluang pembelajaran percuma, inisiatif ini membuka jalan ke arah Selangor yang lebih bijak, digital dan inklusif.

Untuk akses Kit Alatan AI: https://www.alibabacloud.com/en/campaign/ai-kit

Alibaba Cloudselangor
https://lomp.at/ki12k
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
January 11, 2026

Zaman sekarang, hidup kita penuh dengan tugasan, idea, dan notifikasi, kelas, kerja, assignment, content, semua nak kena buat serentak. Kadang...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore