• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Peluang Tonton Semula “HMI…Tangkap Leleh” Di RTMKLIK

by Aphit J.
December 2, 2023
Share on Facebook

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan semula program ‘Hiburan Minggu Ini… Tangkap Leleh’ yang berlangsung baru-baru ini pada bila-bila masa dan dimana jua menerusi platform RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Persembahan Dari Artis Istimewa

via Kalkatu TV

Sepanjang satu jam setengah bersiaran, program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini menampilkan persembahan istimewa artis popular tanah air termasuklah Amir Ukays, Rahmad Mega, Baggio Damasutra, Isa Gravity, Iera Milpan, Poey Stings, Blank Gamma, dan Aweera.

Kira-kira 600 penonton yang hadir menyaksikannya di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur ini nyata terhibur dengan seleksi pilihan 14 lagu yang membuai perasaan.

Kemunculan gandingan dua pelawak Joey Daud dan Achey berjaya mencuit hati penonton dengan lawak santai mereka. Awal persembahan pembukaan menyaksikan mereka bersatu dalam lagu ‘Still Loving You’, dipopularkan oleh Scorpions.

Pelbagai Jenis Koleksi Lagu

Menyampaikan medley lagu ‘Mahligaimu Dari Air Mataku’, ‘Bila Cinta Didusta’ dan ‘Tika Dan Saat Ini’, persembahan artis kelahiran Perlis ini berjaya memukau penonton untuk sama-sama menyanyikan lagu yang masih menjadi siulan sehingga kini.

Seterusnya kemunculan Blank vokalis Kumpulan Gamma terus menghiburkan dengan lagu hit mereka suatu ketika dahulu yang masih menjadi pilihan sehingga kini bertajuk ‘Kembang Terhalang’.

Pentas terus dihangatkan dengan persembahan lagu medley ‘Antara Sutra dan Bulan’ dan Asyik oleh vokalis Kumpulan Damasutra, Baggio. Ia disusuli lagu popular kumpulan ini bertajuk ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’.

Umpama pengubat rindu, kemunculan Poey, penyanyi Kumpulan Stings mendapat tepukan gemuruh penonton. Poey menyerlah dengan lagu-lagu cinta popular kumpulan ini seperti ‘Kau Tetap Ku Hajati’, ‘Dalam Diam Ku Mencintaimu’ dan lagu ‘Adakah Kau Setia’.

Seterusnya giliran penyanyi Kumpulan Gravity, Isa menghiburkan dengan lagu hit ‘Kesinambungan Cinta’ diikuti kemunculan satu-satunya bunga dalam persembahan hiburan ini iaitu Iera Milpan. Dengan lagunya bertajuk ‘Retak Hatiku’, penonton tidak melepaskan peluang turut sama menyanyikan lagu yang mula mendapat tempat di hati peminat ini.

Peminat Dihiburkan Lagu Malar Segar

via Kalkatu TV

Lagu-lagu irama tangkap leleh terus dilagukan oleh Rahmat, vokalis Kumpulan Mega dengan medley lagu ‘Suara Cinta’ dan ‘Takdir dan Waktu’. Menyusul kemudiannya lagu ‘Bayangan Gurauan’ popular sekitar tahun 1993 yang juga pemenang kategori Lagu Paling Popular Pujaan 10 Nescafe kategori artis berkumpulan, tahun sama.

Kemuncak persembahan menyaksikan kemunculan Amir Ukays menghiburkan yang hadir dan penonton TV2 di rumah menerusi medley lagu ‘Pahit Akan Manis Akhirnya’ dan ‘Bila Diri DiSayangi’. Amir kemudiannya turut menyampaikan lagu ‘Di Sana Menanti Di Sini Menunggu’.

Sebagai penutup persembahan, penonton dihadiahkan dengan lagu malar segar nyanyian asal Kumpulan Iklim bertajuk ‘Suci Dalam Debu’ yang disampaikan oleh kesemua artis yang terlibat.

Amir UkaysaweeraBaggio DamasutraBlank GammaIera MilpanIsa GravityPoey StingsRahmad mega
https://lomp.at/hjhu4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore