Thursday, October 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pemandu Lori Dituduh Mabuk ‘Hentam’ Kereta Meninggal Dunia, Selebriti Turut Bersedih

Perkara yang menyayatkan hati telah berlaku apabila lelaki itu sebenarnya mengalami serangan jantung

by Khai Azfar
January 5, 2022
153
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak Selasa, tular di media sosial mengenai sebuah rakaman video yang dimuatnaik oleh seorang wanita yang menunjukkan seorang pemandu lori terlibat dalam sebuah kemalangan bersama tiga kenderaan lain.

Lelaki Dituduh Mabuk Meninggal Dunia

Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa lelaki itu telah mabuk dan menjadi punca lori terbabit kemalangan. Sebaliknya, perkara yang menyayatkan hati telah berlaku apabila lelaki itu sebenarnya mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Doakan Allahyarham 

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial termasuk selebriti seperti Datuk Nora Ariffin dan Iesya Toh meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap Allahyarham yang dituduh sedemikian. Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan darjat lelaki itu akan diangkat oleh Allah SWT apabila ramai orang mendoakannya.

https://www.instagram.com/p/CYVLumGJeD6/

Dalam pada itu, mereka turut menuntut wanita yang menularkan video tersebut tampil memohon maaf secara terbuka selain menasihati orang ramai untuk selidik sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum berkongsinya pada umum.

Polis Nasihat Jangan Buat Sebarang Spekulasi 

https://www.instagram.com/p/CYTZPy4Paii/

Dalam perkembangan, lain Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menerusi sebuah kenyataan berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh, semalam.

“Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan. Pada jam 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat ‘myocardial infarction’ (serangan jantung),” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan bagi menghormati waris mangsa.

Nora Ariffin Tegas Teruskan Perceraian, Dedah Campur Tangan Pihak Ketiga Punca Rumah Tangga Bergolak
iesya tohnora ariffinpemandu lori meninggal dunia
https://lomp.at/ne2yv
Share61Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”

by Naddy Joe
August 1, 2025

Pendakwah bebas, Ebit Lew mengundang usikan netizen di media sosial selepas memuatnaik satu video dirinya bertemu usahawan sensasi, Sajat baru-baru...

Read more
Lokal

Anak Tiara Jacquelina & Arwah Hani Mohsin Sah Isteri Abang Saef Hud, Majlis Pernikahan Eksklusif Jadi Tumpuan

Anak kepada pelakon terkenal Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin, iaitu Hani Kamila atau lebih dikenali sebagai Mila...

Read more
by Puteri Alia
August 9, 2025
Lokal

Fara Salleh Berang Shuk Sahar Tidak Jawab Panggilan Mahkamah!-“Kenapa Dengan Kau Ni Iblis?…”

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa berang terhadap suaminya yang didakwa tidak memberikan kerjasama dengan  tidak...

Read more
by Naddy Joe
August 29, 2025
Lokal

Elly Mazlein Payung Lagu Rock “She’s Gone” Netizen Teruja-“Nak Heran Apa, Dia Penyanyi”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Elly Mazlein yang menyanyikan lagu rock inggeris iaitu She's Gone semasa beliau menjadi...

Read more
by Noah Ab
September 8, 2025
Lokal

DSV ‘Dinner’ Dengan Aliff Aziz, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Cik Lan Tak Jeles Ke?..”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi video yang memaparkan dirinya bersama pelakon dan penyanyi kontroversi,...

Read more
by Naddy Joe
September 19, 2025
Indonesia

Luna Maya Kejutkan Tetamu Resepsi dengan Hadiah Mesin Kopi RM700, Siap Dapat Cawan, Makeup & Baucar!

Pelakon tersohor Indonesia, Luna Maya sekali lagi mencetuskan fenomena apabila majlis resepsi perkahwinannya bersama aktor kacak Maxime Bouttier di Jakarta...

Read more
by Puteri Alia
July 31, 2025
Lokal

[VIDEO] Datin Alyah Terpaksa Tipu Tok Ram Untuk Buat Kejutan Menyanyi

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Alyah memberitahu bahawa beliau terpaksa menipu untuk membuat kejutan menyanyi kepada Tok...

Read more
by Noah Ab
October 3, 2025
Lokal

Zizi Kirana Akui Berdebar Apabila Semakin Hampir Dengan ‘Red Zone’-“Agak Susah Dah Kami Nak Update..”

Penyanyi, Zizi Kirana berkongsi perkembangannya bersama ahli kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang telah tiba di Tunisia, baru-baru ini....

Read more
by Naddy Joe
September 8, 2025
via @dramasangat
Lokal

Anna Jobling Menang Outstanding Asian Star Di SDA 2025, Lain Pula Reaksi Ibu?- “Jangan Petik Nama…”

Pelakon, Anna Jobling, berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas dinobatkan sebagai pemenang trofi Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards...

Read more
by Naddy Joe
October 3, 2025
Foto - @bellaastillah (IG)
Lokal

[VIDEO] Syed Saddiq ‘Kantoikan’ Bella Astillah- “Penduduk Kampung Beritahu Saya”

Baru-baru ini Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah berkongsi satu maklumat mengenai Bella Astillah yang ramai tidak tahu. Perkongsiannya yang...

Read more
by Soph Azz
July 23, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  2. 2

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem