Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Peminat Puji Siluet Isteri, Kim Jong Kook ‘Buang’ Vlog Bulan Madu Di YouTube

by Nurul A.
October 17, 2025
Foto - @kjk76 (IG)

Foto - @kjk76 (IG)

Share on Facebook

Kehidupan penyanyi-pelakon Korea Selatan, Kim Jong Kook terus menarik perhatian ramai. Lebih-lebih lagi selepas dia berkahwin kerana ramai orang terutamanya peminat ingin tahu tentang isterinya.

Dan baru-baru ini Jong Kook secara tidak sengajanya telah mendedahkan siluet isterinya dalam vlog bulan madu mereka di Paris, Perancis. Melihatkan siluet isteri Jong Kook, para peminat berpendapat bahawa wanita itu memiliki penampilan yang elegan.

View this post on Instagram

A post shared by Los Angeles Football Club (@lafc)

Namun pendedahan yang tidak sengaja itu telah membuatkan Jong Kook menurunkan vlog tersebut di YouTube. Tindakannya itu membuatkan ramai berspekulasi bahawa penyanyi-pelakon itu tidak selesa dengan pendedahan tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Jk (@kjk76)

Untuk pengetahuan semua, Kim Jong Kook telah berkahwin dengan pasangannya yang bukan selebriti dalam sebuah majlis tertutup. Perkahwinannya dilakukan di Seoul pada 5 September 2025.

Sebelum ini, ahli Running Man itu tidak akan mendedahkan identiti isteri untuk melindungi privasinya. Perkahwinan mereka diadakan di bawah kawalan keselamatan yang ketat, hanya dihadiri oleh keluarga dan kawan rapat sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by Jk (@kjk76)

Walaupun ramai berspekulasi Jong Kook tidak selesa dengan pendedahan mengenai isterinya, penyanyi-pelakon itu tampil menjelaskan mengapa dia memadamkan vlog bulan madu yang telah dimuat naiknya itu.

“Memandangkan notis singkat yang dirasakan tidak mencukupi, semasa membincangkan cara untuk meneruskan, satu siri artikel yang tidak masuk akal mula muncul, mendakwa bahawa saya memadamkan video itu untuk menyembunyikan siluet yang tidak dikenali dalam vlog itu.

Terdapat begitu banyak cerita yang diputarbelitkan mengenai perkahwinan saya, yang mengecewakan dan dikesali. Tetapi saya percaya saya sebahagiannya harus dipersalahkan kerana memberi alasan untuk khabar angin itu. Saya akan menerima kritikan yang patut saya terima dan teruskan dengan hidup seperti selama ini.”

Tak salah jika Kim Jong Kook mahu menurunkan vlog tersebut daripada YouTube kerana itu adalah privasinya dan juga keluarga. Apa pendapat kamu?

MURAI ‘Dive’ Dengan Buaya 750kg Di Darwin, Jantung Nyaris Tercicir Di 'Cage of Death'
isteri kim jong kookKim Jong Kookrunning man
https://lomp.at/optb1
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara