Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Penampilan Terkini Naqiu Boboy Curi Perhatian Peminat

by Khai Azfar
September 25, 2019
Share on Facebook

Semalam telah berlangsungnya sidang media pengumuman bintang Gegar Vaganza (GV) dan berlainan pada musim-musim sebelum ini, buat julung kalinya pentas GV telah memperkenalkan seramai 13 orang peserta terdiri daripadap penyanyi solo,duo dan berkumpulan.

Naqiu Kembali Selepas 12 Tahun 

Selain kemunculan semula penyanyi-penyanyi popular era 90-an seperti NurFatima, Sham Visa dan juga Wann, penampilan Naqiu yang merupakan vokalis utama kumpulan Boboy turut mencuri perhatian peminat. Manakan tidak, selepas 12 tahun tidak muncul dalam mana-mana program hiburan, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin bin Mohd Najib kini kembali beraksi berentap bersama 12 peserta lain.

Pernah Ditawarkan Untuk Masuk Gegar Vaganza 

Dengan imej muda remaja seperti dahulu, rata-rata peminat memuji penampilan Naqiu yang terkini biarpun sudah menginjak umur 30-an. Menurut Naqiu, idea untuk menyertai GV adalah daripada ahli-ahli kumpulan Boboy sendiri yang memberi galakan buatnya. Tambah Naqiu lagi, sebelum ini pada dua musim GV terdahulu, dia akui pernah ditawarkan untuk sama menyertai program ini namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia untuk kembali.

“Sebenarnya idea ini datang dari kumpulan Boboy sendiri. Saya sendiri kurang tahu mengenai program GV dan waktu itu barulah saya tahu ini adalah peluang untuk kembali.

Terus terang saya cakap ini adalah batu loncatan buat kebanyakan penyanyi dan penyertaan ini bertujuan untuk menaikkan kembali nama Boboy”

Akui Gementar 

Akui agak gentar dengan peserta-peserta kali ini apatah lagi ada diantara mereka seperti Roy dan Jatt. merupakan idolanya sejak dahulu lagi. Namun begitu jelas Naqiu akan cuba memberikan persembahan yang terbaik biarpun tanpa ahli kumpulannya yang lain.

” Pertama sekali saya gembira namun dalam masa yang sama agak gementar satu pentas dengan idola saya seperti abang Roy dan Abang Jatt.

Memang kekok, Saya tak pernah perform seorang tanpa kumpulan Boboy. Tapi Insyallah saya akan cuba buat yang terbaik biarpun ini adalah pengalaman baru buat saya”

Naqiu ditemui murai.my ketika di majlis pengumuman peserta GV6 di The Garden Mall, Kuala Lumpur. GV 6 akan mula bersiaran pada 13 Oktober ini yang dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, 9 malam dan disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gegar Vaganza 6Naqiu BoboNaqiu Gegar Vaganza
https://lomp.at/52gsz
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
LifeXplore

Iftar Atas Air: Rasai Pengalaman Berbuka Puasa Unik Dalam Crystal Dome, Tasik Titiwangsa!

by Farah Fatihah
February 18, 2026

Menjelang waktu berbuka, suasana di sekitar Tasik Titiwangsa biasanya terasa lebih tenang dan tidak terlalu sibuk. Pemandangan tasik yang terbuka,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara