Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Pengalaman Bersama 18 Spesies Dinosaur Di Axiata Arena, Bukit Jalil Ogos Ini

by Zaidin Albert
May 29, 2019
Share on Facebook

Peminat Dinosiurs pasti gembira apabila UnUsUal Entertainment dan penganjur bersama MacpiePro bakal menganjurkan ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ pada Ogos nanti.

Ditonton lebih 9 juta orang daripada 250 bandar di seluruh dunia, pertunjukan ini bakal menarik perhatian semua lapisan umur yang pasti teruja menyaksikan 18 spesis dinosaur menakluki pentas Axiata Arena, Bukit Jalil.

Berlangsung selama tiga hari

‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut dari 23 hingga 25 Ogos 2019 dan tiket boleh didapati di laman web myticket.asia. ‘Walking With Dinosaurs’ memulakan jelajah dunia di United Kingdom pada Julai 2018 dan menjelajahi seluruh Eropah sebelum menuju ke Asia dan memilih Malaysia untuk lokasi jelajah yang seterusnya.

Produksi bernilai 20 juta dolar ini menampilkan teknologi terkini dan sekaligus menempatkannya sebagai pertunjukan dinosaur terbaik dan terbesar di dunia. ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ pada asalnya dihasilkan oleh Gerry Ryan, Malcolm Cooke dan Jill Bryant di Australia sebelum dibawa ke dunia realiti oleh Global Creatures.

Menariknya, produksi ini akan mempamerkan perubahan yang hebat terhadap dinosaur dari segi warna kulitnya dan juga terdapat beberapa spesis berbulu berdasarkan penyelidikan saintifik yang terkini.

Pertunjukan selama satu jam 40 minit itu menggambarkan evolusi dinosaur yang seakan-akan hidup di alam realiti. Pengunjung berpeluang menyaksikan babak interaksi antara dinosaur, bagaimana dinosaur karnivor berjalan menggunakan dua kaki dan bagaimana herbivor menewaskan pemangsa yang lebih ganas.

Sembilan daripada 18 spesis dinosaur terbabit mewakili pemerintahan dinosaur sejak 200 juta tahun dahulu. Pertunjukan itu termasuk spesis Tyrannosaurus Rex, Plateosaurus, Liliensternus dari zaman Triassic, Stegosaurus dan Allosaurus dari zaman Jurassic dan Torosaurus dan Utahraptor dari zaman Kretaseus.

Dinosaur yang terbesar adalah Brachiosaurus yang berketinggian 11 meter dan 17 meter dari hidung hingga ekor. Pembuatan dinosaur bersaiz sebenar ini mengambil masa setahun dan memerlukan tenaga kerja seramai 50 orang termasuk jurutera, pembuat fabrikasi, pembuat kulit, artis dan pelukis.

Sejarah dunia ini akan dimainkan dengan babak pemisahan benua bumi dan peralihan dari padang pasir yang gersang pada zaman Triassic ke padang rumput yang menghijau pada zaman Jurassic. Selain itu, pembentukan lautan, letusan gunung berapi dan kebakaran hutan memberi kesan buruk yang menjadi punca kepupusan dinosaur.

Walking With Dinosaurs – The Live Experience in Kuala Lumpur 2019

‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience in Kuala Lumpur 2019’ akan dianjurkan di Malaysia selama tiga hari berturut-turut pada 23 hingga 25 Ogos 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Jadual Pembelian Tiket :

Pembeli terawal akan menikmati diskaun 10% untuk pembelian tiket yang dibuat antara 20 Mei hingga 3 Jun 2019. Cepat dapatkan tiket anda sekarang! Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial atau laman web rasmi UnUsUal Entertainment dan MacpiePro.

Kategori Tiket/Harga:

Walking With Dinosaurs - The Live Experience
https://lomp.at/cpv9k
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

by Phic ARMAN
April 6, 2026

Kalau anda terfikir bila AirAsia X akan mula terbang ke Bahrain, jawapannya masih sama, 26 Jun 2026. Itu pengesahan daripada...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara