Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Penghawa Dingin Kereta Bau Busuk, Rupanya Ada ‘Mahkluk’ Dalam Filter

by Phic ARMAN
September 26, 2023
Share on Facebook

Perjalanan menjadi kurang selesa jika kita terhidu bau kurang menyenangkan dari penghawa dingin kereta. Walaupun pewangi kereta telah ditambah, aroma kurang menyenangkan dari penghawa dingin (AC) kereta masih boleh dihidu.

Selain berpunca dari masalah teknikal atau tidak servis, rupanya sebab lain ialah kehadiran bangkai haiwan yang telah memasuki komponen penghawa dingin.

Di akaun twitter Aizat Fadzli, dia berkongsi kejadian yang berlaku bengkel adiknya. Katanya, pelanggan yang datang untuk menukar rim kereta mengadu penghawa dingin berbau busuk. Setelah diperiksa,  adiknya terkejut apabila menemui tiga ekor bangkai anak tikus di celah-celah filter kereta pelanggannya.

VIA Twitter
VIA Twitter

Kejadian ini membuatkan ramai warganet merasa bimbang dan tidak dapat membayangkan bagaimana busuknya bau yang dihidu dalam kereta.

“Aah. Aku takleh bayang bau dia tu haha”

“I can smell this picture. Sbb aku pernah kena. Bau dia mmg Nauzubillah, perit sgt bau dia. Berhari2 tak jumpa punca. Lagi bukak AC, lagi busuk!! Cuci kereta pun busuk, akhirnya kat lantai seat sebelah tercampak sekor bangkai, bukak bahagian AC, ada lagi 4 ekor!! Yihhh geli!!!”

“Aku pun pernah kena jugak,tapi bukan dalam filter ,dalam enjin kereta,habis lunyai wayar dalam tu dorang kerjakan ntah sejak bila dorang beranak pinak dalam tu haaiisshhh”

Tidak dinafikan memang banyak kejadian seumpama ini berlaku lagi-lagi jika kereta diletakkan di kawasan luar, risiko haiwan masuk ke dalam kereta adalah lebih besar.

Topik Berkaitan Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

Haiwan yang terperangkap di dalam kereta boleh mati lama-kelamaan dan menyebabkan penghawa dingin kereta berbau seperti bangkai.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kereta
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara