• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Penyondol Jadi Punca Konflik, ‘Drama’ Selebriti Kahwin Cerai Tahun Ini Buat Peminat Muak Tetapi Simpati!

by Puteri Alia
May 18, 2023
Share on Facebook

Selain alasan tiada lagi persefahaman, kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga juga menjadi punca keretakan yang akhirnya meruntuhkan mahligai perkahwinan.

Perkataan ‘curang’ memang pahit untuk ditelan buat pasangan suami isteri. Namun, itulah antara dugaan perlu ditempuh dalam melayari bahtera alam berumah tangga.

Kata orang, tidak semua perkahwinan akan berjalan bahagia sampai ke akhir hayat.

Sejak kebelakangan ini, ramai pasangan selebriti tanah air yang diuji dengan masalah rumah tangga. Antaranya pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, Farid Kamil dan Diana Danielle serta Hafiz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri.

Biasalah lumrah apabila bergelar selebriti, pasti setiap perkara yang dilakukan ingin diambil tahu oleh masyarakat.

Bukan sahaja melibatkan soal kerja, bahkan sisi peribadi juga menjadi perhatian dan sebolehnya segala yang di ‘dalam kain’ ingin diketahui.

Itu termasuk soal rumah tangga yang dilihat seperti babak sinetron yang berepisod panjang.

Berikut pasangan selebriti popular tanah air yang mendapat ‘sportlight’ peminat hiburan tanah air.

Puteri Sarah-Syamsul Yusof

Umum mengetahui bahawa pembukaan tahun 2023 menyaksikan konflik rumah tangga pasangan pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof seperti tidak menemui titik noktah.

Setelah hampir sembilan tahun berumah tangga, Puteri Sarah akhirnya membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Januari.

Puteri Sarah juga memfailkan tuntutan nusyuz balas terhadap Syamsul pada 8 Mei di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Perkara itu dibuat selepas Syamsul Yusof memfailkan tuntutan nusyuz ke atasnya di mahkamah sama pada 21 Mac.

Rentetan daripada itu, sekitar 21 April, Puteri Sarah mengakui perkara paling disesali ialah berkahwin dengan pengarah tersohor berkenaan selain menyifatkan Syamsul sebagai ‘lelaki narsistik’.

Diana Danielle Dedah Sering Periksa Telefon Anak - "Dunia Sekarang Terlalu Terbuka!"

Hafidz Roshdi-Nurul Shuhada

Sekitar awal Januari 2023 turut menyaksikan pergolakkan rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dengan isteri, Nurul Shuhada.

Difahamkan rumah tangga pasangan terbabit retak dipercayai atas kehadiran orang ketiga yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Athira Yuhada yang didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pelakon itu kemudian tampil membuat permohoanan maaf secara terbuka menerusi satu hantaran di Instagram.

Kemudian Hafidz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 13 Mac atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada pada 2 Mac.

Hafidz didakwa menumbuk sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah mangsa selepas berlaku pertengkaran antara mereka di susur keluar Tol Sungai Buaya, Serendah, Selangor.

Sebelum itu pada 27 Februari Nurul Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor.

Kedua-dua kemudian hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah pada 9 Mei bagi sebutan kes pengesahan lafaz cerai.

Bagaimanapun timbul pula dakwaan mengatakan Nurul Shuhada menggugurkan kandungan namun dinafikan oleh dirinya.

Farid Kamil Dan Diana Danielle

Pelakon Farid Kamil, 42, mendakwa keretakan rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle, 32, berpunca kehadiran orang ketiga.

“Alhamdulillah, saya bersyukur Allah memberi petunjuk dan hidayah. Jadi, saya sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tidak munasabah, tetapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokongnya dari belakang.

“Kalau boleh saya nak tegakkan undang-undang Islam dan hak suami di mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai suami. Dan bila kita menuntut jawapan, perpisahan pula diminta.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Apa-apa pun semuanya sudah tertulis, lumrah dalam melayari bahtera perkahwinan, pasti akan dilanda badai dan ketika itulah, hubungan suami isteri mula teruji.

Ada yang berjaya mengawal bahtera rumah tangga dengan baik namun ada juga yang gagal sehingga karam dan memilih haluan berbeza.

diana daniellefarid kamilputeri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/ggnni
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore