Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Percayalah Seorang Wanita Itu Paling Cantik Bila Mereka Lakukan Ini

by Rory Kim
February 3, 2024
Foto - ABBAS MOMANI

Foto - ABBAS MOMANI

Share on Facebook

Kecantikan seorang adalah subjektif. Ia tidak terletak pada luaran semata, kecantikan dalaman juga penting untuk setiap wanita. Wanita dikenali sebagai seorang insan yang berjiwa lembut, sopan-santun dan mulia dimata semua. Jadi adalah sangat penting untuk kaum wanita menjaga kecantikan luaran dan dalaman mereka.

Percayalah, Miss Murai merasakan seorang wanita itu paling cantik luaran dan dalaman bila mana melakukan perkara ini. Kamu jaga diri kamu sebaiknya, Inshaallah kamulah yang paling cantik sekali.!

Menjaga kehormatan diri

Elakkan dari berkawan dengan orang yang salah. Jagalah diri sewaktu keluar dari rumah. Berpakaian sopan dan elakkan balik terlalu lewat ke rumah. Jaga maruah dah jangan bergurau keterlaluan dengan insan yang berlainan jantina.

Menjaga Kecantikan Semulajadi

Kecantikan luaran dengan alat solek yang tebal semata mata tidak akan kekal lama. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan objektif hidup, jangan banyak berangan-angan. Tidur dengan cukup dan bangun awal pagi serta elakkan tidur di siang hari dengan tempoh yang lama.

Jaga Adab

Biasanya, jika seseorang lelaki mahu mencari bakal isteri, penting bagi mereka untuk melihat adab wanita itu. Kerana adab yang sopan dan baik merupakan sifat dalaman seseorang dan secara tidak lansung melambangkan keperibadian seseorang itu.

Tidak kira lelaki atau wanita, sosial mana mereka itu tetapi jika mahu mencari pasangan hidupnya, penting bagi mereka untuk mencari seseorang yang mempunyai adab yang baik.

Menjaga Suara

Latih diri bercakap dengan nada yang lembut dan tidak terlalu kuat. Biasakan menggunakan perkataan seperti ‘tolong serta minta maaf’. Jangan menggunakan perkataan yang tidak baik atau menggunakan kata-kata kesat.

Menjaga Kulit

Banyakkan minum air masak, makan buah buahan, sayur sayuran dan ulam ulaman segar. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Pilih sabun yang lembut dan tidak mengeringkan kulit.

Jaga pergaulan

Pergaulan dengan seseorang amatlah penting untuk dijaga kerana ia melambangkan keperibadian wanita tersebut. Ia juga adalah sesuatu yang sering dinilai oleh orang kerana dari segi pergaulan orang boleh tahu diri dan gaya hidup wanita itu bagaimana.

wanita cantikwanita islamik
https://lomp.at/fk1md
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore