Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Periksa Lidah Kamu, Kalau Warna Putih… Mungkin Berpunca Daripada Ini

by Lisa Ghani
February 2, 2023
Foto - Micky

Foto - Micky

Share on Facebook

Mungkinkah disebabkan kamu selalu skip semasa berus gigi, menyebabkan lidah menjadi putih?

Adakah lidah putih normal atau terdapat jangkitan penyakit? Bawa bertenang, lidah yang berwarna putih bukanlah tanda penyakit. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi simptom jangkitan dan lebih teruk lagi, kanser.

Kali ini, Miss Murai nak bincangkan kepada kamu semua apa punca lidah berwarna putih, dan adakah ianya merbahaya?

Tidak menjaga kesihatan mulut dengan sempurna

Ini merupakan salah kamu sendiri kerana tidak peka akan kesihatan mulut. Kamu berus gigi seperti biasa, tapi kamu skip bahagian lidah. Kebanyakan lidah yang berwarna putih menandakan penjagaan oral yang tidak sempurna.

Foto – GoodRX

Jika wujudnya pertumbuhan yis atau bakteria pada mulut, papilla boleh menjadi bengkak dan bertukar warna. Cuba gunakan berus khas untuk lidah. Selepas berus gigi, jangan lupa berus sekali kawasan lidah.

Disebabkan leukoplakia

Dipetik dari Hello Doktor, leukoplakia terjadi disebabkan pertumbuhan sel yang abnormal pada permukaan mulut. Sel inilah yang menyebabkan kawasan dalam bulut berwarna putih.

Individu yang merokok, mengunyah tembakau atau minum terlalu banyak alkohol mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami leukoplakia. Terdapat kes, bintik atau bulatan putih boleh berlaku, tetapi tidak mendatangkan sebarang bahaya. Ada juga kes boleh menjadi kanser mulut jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

Ada kulat dalam mulut

Foto – Healthline

Satu kondisi yang dipanggil oral trush, berlaku apabila kulat candida albicans berkumpul di dalam mulut. Candida merupakan organisma yang lazim ditemui dalam mulut. Namun, kadangkala ia boleh merebak dan menyebabkan simptom.

Peyakit oral lichen planus

Penyakit ini merupakan sejenis kondisi keradangan kronik yang mempengaruhi membran mukus di dalam mulut. Antara simptomnya ialah lidah atau kawasan dalam mulut yang berwarna putih.

Walau bagaimanapun, penyakit tidak membawa sebarang bahaya. Kamu hanya perlu pencuci mulut yang mengandungi steroid untuk mencegahnya pada masa akan datang.

Ingat, jangan sesekali lupa untuk menjaga kebersihan lidah. Selamat beramal!

warna lidahwarna lidah putih
https://lomp.at/1bsdh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore