Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Perjelas Status Perkahwinan Dengan Datuk Red, Adira Tegas Tidak Pernah Rujuk

by Nurul A.
January 20, 2026
Foto - @jibreelhq (IG) / @adira.suhaimi (IG)

Foto - @jibreelhq (IG) / @adira.suhaimi (IG)

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Adira Suhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah rujuk semula dengan bekas suami, Datuk Red seperti yang tular sebelum ini. Memetik kenyataan daripada Kosmo, peguam syarie yang mewakili Adira memaklumkan bahawa tiada sebarang lafaz rujuk berlaku pada Mei 2024 seperti yang didakwa. Penafian ini dibuat selepas Adira menerima saman pengesahan lafaz rujuk yang difailkan oleh Datuk Red di Mahkamah Syariah Gombak Barat.

View this post on Instagram

“Kalau ikutkan hari ini adalah sebutan kali pertama kes ini. Pihak Adira menerima saman pengesahan lafaz rujuk pada 18 Disember 2025. Hari ini kami (peguam syarie) hadir bagi memasukkan wakalah peguam dan pembelaan. Dakwaan menyatakan lafaz rujuk berlaku pada Mei 2024, namun berdasarkan pengetahuan Adira, tiada rujuk berlaku.”

Untuk pengetahuan semua, kes tersebut kini berada dalam proses mahkamah dan tarikh perbicaraan pertama ditetapkan pada 16 Februari 2026 bagi membincangkan pengesahan lafaz rujuk secara terperinci.

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu Bakar mendedahkan tindakannya membuat permohonan tersebut kerana mahu mengetahui sama ada rujuk berlaku atau tidak.

“Ini bukan soal saya tak ‘move on’. Tapi sekarang adalah status saya dengan Adira masih lagi tergantung. Adakah saya masih suami orang? Jadi sebab itu saya failkan permohonan lafaz rujuk untuk memastikan lafaz yang dibuat terhadapnya sah atau tidak.”

View this post on Instagram

Tambah Datuk Red, dia turut menghadapi kesukaran untuk menghubungi Adira dan terpaksa berkomunikasi melalui pihak ketiga.

“Saya terpaksa berkomunikasi dengan orang tengah iaitu adik beradik atau pembantu rumah untuk hal anak-anak. Sepatutnya biarlah saya ada komunikasi dengan Adira. Saya tak naklah berkomunikasi dengan orang tengah, seperti bibik. Itu saja saya minta.”

Untuk rekod, Datuk Red telah memfailkan pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember tahun lalu.

"Siapa Tak Nak Kahwin?"- Datuk Red Mahu Menduda Sampai Tua Jika Tak Kahwin Dengan Adira
adira suhaimidatuk reddatuk seri adnan abu bakar
https://lomp.at/bixva
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Foto - @beto_kusyairy (IG)
Lokal

Beto Kusyairy Gesa Individu Segera Langsaikan Hutang- “Janjinya Esok Lusa Langsai”

by Nurul A.
January 12, 2026

Ramai yang terkejut selepas pelakon versatil, Beto Kusyairy tampil memberi teguran secara terbuka kepada individu yang masih gagal melunaskan hutang....

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore