Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Pernah Kecewa, Muna Shahirah Nekad Ingin Ke Pentas Akhir AJL

by Khai Azfar
October 23, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Enggan mengalah, penyanyi Muna Shahirah,26 nekad untuk sekali lagi mencuba ke Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi akan datang dengan mempertaruhkan single terbaharunya.

Akui Kecewa Dengan AJL Lalu

Kegagalan lagu Teguh Setia ke AJL lalu telah membuatkan Muna berasa kecewa kerana sewaktu mempersembahkan lagu ciptaan Ibnu & Gouffran itu di pentas separuh akhir Juara Lagu yang lalu,penyanyi ini telah memberi sepenuh jiwa dan membuat sehabis baik.

YouTube video

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya dan mungkin bagi sesetengah penyanyi gagal melangkah ke AJL adalah perkara biasa, tetapi bagi Muna pula sebaliknya.Bagi Muna yang juga pemegang ijazah Sains – Matematik (USM), pentas akhir AJL itu merupakan pintu untuk menonjolkan diri serta bakatnya dan berada dipentas besar seperti AJL memang menjadi sasaran utama bagi meletakkan namanya lebih tinggi.

“Bukan tidak cermin diri atau menolak takdir, tetapi bagi saya peluang tidak selalunya datang kali ke 2 terutama pada pendatang baru seperti saya, memandangkan kini begitu ramai penyanyi baharu hampir setiap hari. Sebab itu saya paksa diri saya untuk buat sehabis baik sewaktu separuh akhir, dan bila keputusannya begitu saya rasa amat kecewa” dedah Muna

Pertaruhkan Single Duet 

Setelah Teguh Setia, Muna muncul dengan 2 lagi single solo berjudul Suratan Luka (ciptaan Sharon Paul & Gouffran, Lirik – Fedtri Yahya & A.Aida) dan Takdir Cinta (ciptaan – Nadi JM, Ibnu & Gouffran, Lirik – Nadi JM ) namun kedua-duanya tidak begitu menyerlah seperti Teguh Setia.

Kini, tampil dengan duet bersama pendatang baharu Zack Zakwan, Muna memperkenalkan lagu ‘Bagaimana’ ciptaan Gouffran dan Sang Hitam.

“Lagu ini benar benar mengembalikan semangat saya untuk Kembali berdiri, pertama kali dengar melodi dan baca lirik lagu ini membuatkan bulu roma saya meremang, seolah olah ada roh di dalam lagu ini yang memberi saya seribu kekuatan dan keyakinan” katanya lagi

Sebagai info, Zack atau namanya sebenar Muhamad Shahrul b Mohd Zakuan – 25 tahun sebelum ini pernah muncul dengan single pertama beliau berjudul Kenangan ciptaan Haqiem Rusli dan Sir Khan. Bakatnya mula ‘dihidu’ FMC Music menerusi aplikasi SMULE.

YouTube video

Muna ShahirahZack Zakwan
https://lomp.at/8h7q3
Share8Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara