• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

Pernah Viral Dek Berani Menggigit Tentera Israel, Ikon Kanak-Kanak Wanita Yang Kini Remaja Telah Ditangkap Zionis

by Puteri Alia
November 6, 2023
Share on Facebook

Sekeping gambar kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun melempar batu ke arah kereta kebal tentera Zionis Israel sudah cukup menceritakan segala-galanya.

Ia mempamerkan kemarahan yang tidak lagi dapat dikawal. Namun ia juga menunjukkan kemarahan itu melahirkan keberanian luar biasa walaupun dalam jiwa seorang kanak-kanak kecil yang seharusnya dalam ketakutan dan dilindungi daripada segala bahaya.

Apakah rahsia sebenarnya kanak-kanak Gaza dilahirkan dengan begitu kental jiwa mereka, tiada ketakutan dalam hati dan betapa kuatnya kesabaran dalam melayari hidup yang begitu besar dugaan diturunkan kepada mereka.

Umum mengetahui bahawa kanak-kanak Gaza dilahirkan tidak seperti mana kanak-kanak lain di dunia. Barangkali mereka sendiri tidak berkesempatan untuk bertahnik atau mengadakan majlis mencukur jambul, namun kelahiran mereka disambut dengan bunyi-bunyian bom, tembakan dan jeritan tangisan di persekitaran mereka.

Bahkan, kehilangan orang-orang yang tersayang yang syahid menjadikan mereka tabah dan tinggi kesabarannya. Keredhaan yang ihtisab dan berharap pahala dari Allah memberi kekuatan dan keyakinan dengan takdir Allah itu.

Berbahas soal ini, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tindakan tentera Israel menahan aktivis terkemuka Palestin berusia 22 tahun, Ahed Tamimi semasa serbuan di Tebing Barat yang diduduki, semalam.

“Ahed Tamimi ditahan kerana disyaki menghasut keganasan dan aktiviti keganasan di bandar Nabi Salih” berhampiran bandar Ramallah.

“Tamimi dipindahkan ke pasukan keselamatan Israel untuk disoal siasat,” jurucakap tentera memberitahu AFP.

Mungkin ramai yang sudah mengenali remaja ini, kerana Tamimi menjadi terkenal pada usia 14 tahun apabila dia difilemkan menggigit seorang askar Israel yang memegang lengannya bagi menghalangnya daripada menangkap adik lelakinya.

Dia menjadi ikon perjuangan Palestin dan potret besarnya dilukis di dinding pemisah Israel dengan Tebing Barat di Bethlehem dekat Baitulmaqdis.

Sejak bermulanya perang Gaza yang dicetuskan oleh serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, pasukan keselamatan Israel kemudian melakukan penangkapan besar-besaran terhadap rakyat Palestin yang disyaki mempunyai kaitan dengan Hamas atau menghasut keganasan.

Ketegangan dan keganasan yang semakin meningkat sejak itu sudah meragut nyawa lebih 150 rakyat Palestin di Tebing Barat, kebanyakannya dibunuh oleh tentera Israel atau oleh peneroka, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Ahed Tamimi
https://lomp.at/n5vq2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore