Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pertaruhkan “Hilang”, Alif Muaz Bawa Kisah Luka Cinta & Berdamai Dengan Waktu

by Nurul A.
April 24, 2026
Foto - Alif Muaz

Foto - Alif Muaz

Share on Facebook

Industri muzik tempatan terus diserikan dengan kemunculan bakat baharu di bawah naungan MAPRO Entertainment, Alif Muaz.

Selepas single pertama yang membuka langkahnya dalam dunia seni, Alif kini kembali dengan karya kedua berjudul “Hilang”. “Hilang” bukan sekadar lagu, tetapi sebuah luahan rasa.

View this post on Instagram

Ia mengisahkan tentang cinta yang pernah hadir dengan indah, namun akhirnya bertukar menjadi luka. Dengan susunan melodi yang menyentuh dan lirik yang puitis, lagu ini menggambarkan perjalanan emosi seseorang. Ia juga menggambarkan perasaan yang menerima kenyataan, melepaskan kenangan, dan perlahan-lahan berdamai dengan masa.

View this post on Instagram

Melalui bait seperti “Kau berikan aku cinta, kau berikan aku bahagia, namun takdirku pun berkata cinta takkan selamanya indah”, Alif berjaya menyampaikan satu mesej yang boleh dikaitkan. Iaitu bahawa tidak semua cinta kekal, dan tidak semua janji mampu ditepati.

Youtube video

Apa yang menjadikan “Hilang” istimewa adalah kejujurannya. Tiada metafora yang terlalu jauh, tiada cerita yang dibuat-buat dan hanya emosi yang tulus. Disampaikan dengan cara yang sederhana tetapi memberi kesan mendalam, lagu ini sesuai untuk mereka yang berada dalam fasa kehilangan atau sedang belajar untuk melepaskan.

Sebagai artis baharu, Alif dilihat mempunyai potensi besar dalam industri hiburan. Bukan sahaja dari segi vokal tetapi juga keupayaannya membawa naratif yang dekat dengan jiwa pendengar, khususnya generasi muda yang menghargai keaslian dalam muzik.

View this post on Instagram

Dengan “Hilang”, Alif Muaz bukan sekadar memperkenalkan lagu baharu tetapi mengajak pendengar untuk merasai, mengingati, dan akhirnya belajar untuk melepaskan. Kerana kadang-kadang untuk kita temui diri sendiri semula, kita perlu melalui fasa hilang.

Single “Hilang” boleh disitrim di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
alif muaz
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

DOLLA Terbang Ke Paris! Misi Tawan Pentas Antarabangsa Bermula Oktober Ini

by Phic ARMAN
July 31, 2026

Kalau sebut nama DOLLA, memang ramai tahu mereka antara girl group paling menyerlah di Malaysia sekarang. Kali ini, mereka bukan...

Read moreDetails
Spotlight

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pelakon Hanez Suraya kini mempunyai satu lagi gelaran baharu apabila secara rasmi bergelar Datin Wira selepas suaminya, Romie Razin Adilha...

Read moreDetails
Spotlight

3DIVA Kembali Ke Malaysia! Tiket Mula Dijual 5 September, Early Bird Serendah RM138

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Siapa yang membesar dengan lagu-lagu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ? Kalau nama-nama ini terus membawa anda kembali kepada...

Read moreDetails
Pengiran Raabi'atul Adawiyyah (@kisahduniadotcom -IG)
Spotlight

4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

by Nurul A.
August 10, 2026

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelucutan status diraja Pengiran Raabi'atul Adawiyyah. Berita pelucutan tersebut berkuat kuasa serta-merta atas titah...

Read moreDetails
Foto - Bangkok Post
Spotlight

Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

by Nurul A.
September 11, 2026

Menjadi bualan ramai, seorang sami berusia 66 tahun, yang memegang jawatan ketua sami (abbot) di Wat Phutthaisawan iaitu sebuah kuil...

Read moreDetails
Foto - @norreen143 (Threads)
Spotlight

Tanggal Tudung, Hantaran Norreen Iman ‘Diserang’ Netizen- “Cerai Je Hilang Tudung”

by Nurul A.
July 13, 2026

Nampaknya teka teki mengenai pelakon Norreen Iman tidak lagi mengenakan tudung sudah terjawab. Berdasarkan hantaran terbarunya di platform Threads dan...

Read moreDetails
Spotlight

Lepas 17 Tahun, T-ARA Masih Berbisa! Fan-Con Solo Pertama Di Malaysia Bakal Hangatkan Kuala Lumpur

by Phic ARMAN
August 4, 2026

Kalau anda membesar dengan lagu Roly-Poly, Bo Peep Bo Peep atau Cry Cry, ini memang berita yang boleh buat ramai...

Read moreDetails
Yu Yuhan
Spotlight

[VIDEO] Terlalu Taksub, Netizen Sokong Yu Yuhan ‘Lempang’ Peminat Sasaeng

by Nurul A.
September 1, 2026

Tak dinafikan ramai selebriti antarabangsa sering diganggu oleh peminat fanatik, dan nampaknya penyanyi-pelakon China, Yu Yuhan sudah tidak tahan dengan...

Read moreDetails
Eyra Hazali Bunian
Spotlight

[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali

by Nurul A.
August 20, 2026

Pelakon Eyra Hazali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah misteri mengenai kelahirannya. Menerusi podcast Sembang Seram, Eyra mendakwa kejadian itu...

Read moreDetails
Foto - @syedsaddiq (IG)
Spotlight

Kutipan 3 Kali Ganda, Syed Saddiq Terus Agih Bantuan Selepas Larian 171Km

by Nurul A.
July 20, 2026

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi bualan ramai, lebih-lebih lagi selepas menamatkan misi lariannya sejauh 170...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara