Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Suara Viral 2.0 Tampil Format Baharu, Perkenal ‘Tangga Viral’ & Sistem Liga

Format penjurian untuk edisi kali ini akan menggunakan sistem liga

by Khai Azfar
November 8, 2021
Share on Facebook

Program realiti yang mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian tanpa mengira latar belakang, Suara Viral  kembali untuk musim yang kedua.

Format Baharu 

Menariknya dalam Suara Viral 2.0, terdapat beberapa pembaharuan daripada segi format serta senarai tarikan utama yang melibatkan barisan juri dan hos sebagai kelainan segar untuk terus kekal relevan. Format penjurian untuk edisi kali ini akan menggunakan sistem liga yang ditentukan berdasarkan pemarkahan 100% oleh barisan juri tetap yang profesional terdiri daripada Dato’ Hattan, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan Marsha Milan.

Foto via : Astro/ Azrul Rafie

Seramai enam peserta akan berentap secara kalah mati untuk setiap pusingan selama tujuh minggu. Juara mingguan pula secara automatik akan mara ke peringkat suku akhir untuk bersaing sekali lagi bagi menempah tempat ke pusingan akhir. Empat finalis yang terbaik akan dipilih untuk beraksi di episod kemuncak bagi merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Perkenal Konsep Tangga Viral 

Selain itu, menambahkan lagi keunikan musim terbaharu, ‘Suara Viral 2.0’ juga akan memperkenalkan konsep ‘Tangga Viral’ yang mana setiap peserta dikehendaki memulakan persembahan masing-masing dengan berdiri di kedudukan anak tangga teratas berlatarkan bayang silhouette bagi menambat hati juri.

Foto via : Astro/ Azrul Rafie

Merancakkan lagi Suara Viral kali ini,pelawak versatil yang cukup sinonim dengan teknik lawak tiru gaya atau impersonate, Danial Zaini akan berganding dengan pelakon dan penyanyi muda terkenal, Naim Daniel sebagai hos. ‘Suara Viral 2.0’ juga turut membawa masuk khidmat dan kepakaran Cikgu Siti Hajar selaku Guru Vokal dan Alam Wakaka selaku Guru Persembahan Pentas untuk memberikan bimbingan kepada para peserta musim ini.

Sebagai info, mematuhi pelaksanaan fasa PKP susulan penularan wabak Covid-19, sesi pencarian dan uji bakat untuk ‘Suara Viral 2.0’ telah diadakan secara atas talian sepenuhnya sekitar bulan Jun dan Ogos yang lalu.

Juara ‘Suara Viral 2.0’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Manakala juara mingguan pula turut memenangi wang tunai RM1,000 sebagai insentif. Konsert mingguan ‘Suara Viral 2.0’ akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 17 November 2021 selama 10 minggu di Astro Prima.

Suara ViralSuara Viral 2.0
https://lomp.at/p7zc8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara