Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Pesta Futsal Rakyat 2019: Pertandingan Di Era Digital

by Phic ARMAN
June 29, 2019
Share on Facebook

Melalui penganjuran kali pertama di bawah naungan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi sebuah fenomena terbaru Malaysia dengan sasaran merevolusikan penganjuran melalui pelaksanaan secara digital.

Melalui penganjuran oleh Futsal.Asia, jelajah Piala ke setiap zon di seluruh Semenanjung Malaysia – Pahang, Kedah, Selangor dan Johor – yang dipertandingkan menerusi tiga kategori utama; Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun dan Kategori Terbuka Lelaki manakala Kategori Terbuka Wanita akan dipertandingkan di “Grand Final”.

Dengan tawaran hadiah dan wang tunai melebihi RM200,000 untuk dimenangi, dianggarkan lebih 10,000 orang peserta dijangka hadir. Pertandingan yang berlangsung sepanjang dua bulan itu mendapat sokongan padu daripada Kementerian Belia dan Sukan dan MYE.G. Services Berhad (MYEG) selaku penaja utama.

“Acara sukan seperti ini merupakan cara terbaik mempromosikan sukan seperti futsal dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada bakat-bakat baru menonjolkan potensi mereka. Dari pihak MYEG, kami gembira kerana dapat memberikan sokongan kepada usaha memupuk semangat kesukanan yang akan melahirkan pemimpin muda yang berpotensi dan menyumbang secara positif kepada masyarakat,” kata Pengarah Eksekutif MYE.G. Services Berhad, Y.H.M Dato’ Haji Raja Munir Shah Raja Mustapha.

Pesta ini akan melibatkan beberapa siri aktiviti dan pertandingan yang berakhir di acara kemuncak Grand Final bertempat di Uptown Sports, Bangi pada 31 Ogos dan 1 September 2019 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-62.

“Kami percaya, sudah tiba masanya untuk sukan Futsal, ‘Freestyle’, ‘Panna’ dan E-Sukan wajar mendapat pengiktirafan. Walaupun begitu popular dalam kalangan rakyat, namun ia kurang diberi perhatian oleh media arus perdana. Kami berharap melalui penganjuran pertandingan ini, kita dapat membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia di samping menghimpunkan rakyat bersama memeriahkan pesta yang berlangsung selama dua bulan ini,” kata Pengarah Eksekutif Futsal.Asia, Pravin Nair.

Selain penganjuran kejohanan futsal sebagai acara utama, Pesta Futsal Rakyat 2019 akan menganjurkan Kejohanan MY E-Games dan juga Kejohanan Panna.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman menarik di pesta, kejohanan ini akan memperkenalkan proses pendaftaran berasaskan aplikasi sepenuhnya melalui aplikasi mudah alih “Tournamentor” Futsal.Asia, memberikan kemaskini secara langsung kepada peserta mengenai keputusan pertandingan dan kedudukan semasa pasukan.

Setiap pasukan akan diberikan kod QR dan setiap pemain akan dibekalkan gelang tangan RFID yang mempunyai maklumat profil pemain yang lengkap, mengesan kehadiran dan pergerakan pemain keluar masuk pemain di setiap gelanggang dan juga turut digunakan untuk peserta menebus barangan melalui pembaca kod.

Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad dianjurkan oleh Futsal.Asia bersama penaja rasmi MYE.G. Services Berhad dan hurr.tv sebagai rakan media rasmi. Acara ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad turut ditaja oleh Ekovest Berhad, Berjaya Corporation Bhd, Conquest, aL-ikhsaN Sports, 100PLUS, Ice Mountain, dengan kerjasama bersama Malaysian Football Freestylers & Gamesbond dan Picasso Media Sdn. Bhd. sebagai agensi media rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad 2019, sila layari www.pestafutsalrakyat.com

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
100plusaL-ikhsaN SportsBerjaya Corporation BhdConquestIce Mountainkovest BerhadMYE.G. Services Berhad (MYEG)Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr. Mahathir MohamadY.H.M Dato’ Haji Raja Munir Shah Raja Mustapha.
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
Foto - Sealy
Teknologi

Sealy Raikan 145 Tahun dengan Tilam Edisi Terhad

by Nurul A.
June 24, 2026

Seiring dengan kepentingan tidur berkualiti dalam gaya hidup moden, Sealy Malaysia meraikan pencapaian ini menerusi “145 Years of Better Sleep”,...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Kolaborasi Samsung, DC Studios & Warner Bros. Pictures, Peminat Teruja Dengan Pengalaman ‘Supergirl’ Di Rumah

by Nurul A.
July 3, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan kerjasama global dengan Warner Bros. Pictures dan DC Studios, menandakan tayangan pawagam pengembaraan adiwira baharu...

Read moreDetails
Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    [VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara