Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Petua Kecantikan Orang Dulu Yang Popular, No.2 Paling Ramai Buat Sampai Sekarang!

by Soph Azz
November 21, 2023
Foto - Tatler Asia / NST

Foto - Tatler Asia / NST

Share on Facebook

Percayalah, walaupun sekarang ini ada banyak trik dan tips moden untuk menjaga kecantikan, petua orang dulu-dulu juga yang ramai ikuti. Bukan apa, petua kecantikan orang dulu sangat mudah dilakukan dan yang paling penting berkesan pada setiap jenis kulit.

Bagi Miss Murai, petua-petua kecantikan orang dulu yang inilah paling popular dan masih relevan untuk kita cuba. Bermula daripada;

  • Hilangkan Parut 

Ada tak yang tak confident atau malu dengan parut di wajah? Jika ada, Miss Murai nak kongsikan solusi untuk hilangkan parut dengan kamu! ‘

Foto – Pinterest

Pertama sekali, ambil daun lidah buaya dan cuci sehingga bersih. Kemudian, keluarkan isi yang berbentuk gel dan lendir itu ke dalam mangkuk. Hancurkan isinya dan campur dengan baby oil. Akhir sekali sapu setiap hari di bahagian parut.

  • Elak Jerawat 

Orang dulu kalau nak elak daripada wajah naik jerawat, mereka akan menggunakan air basuhan beras. Penting untuk kamu tahu, air basuhan beras yang pertama sahaja yang digunakan.

Foto – Pinterest

Caranya:

  1. Ketepikan air basuhan beras yang pertama ke dalam mangkuk bersih dan biarkan sementara.
  2. Selepas beberapa ketika, kamu akan dapati air tersebut terbahagi kepada dua iaitu mendapan kanji dan air jernih di atas.
  3. Buang air jernih dan simpan mendapan kanji.
  4. Mendapan kanji tersebut disapukan ke seluruh wajah setiap pagi sebelum cuci wajah.
  • Tegangkan Kulit Wajah 

Jika kamu perasan wajah sudah menampakkan garis-garis halus atau kedutan, Miss Murai sarankan kamu amalkan mask beras. Caranya:

  1. Ambil segenggam nasi dan kisar dengan sedikit air. Pastikan kisaran jadi pekat ye.
  2. Kemudian tambah telur ke dalamnya dan kisar sehingga rata.
  3. Akhir sekali sapu rata di wajah macam mask. Buat seminggu sekali.
  • Kulit Wajah Putih Kemerahan

Ramai wanita inginkan kulit yang putih dan ada juga putih kemerahan secara semula jadi. Caranya mudah sahaja, kamu perlu lakukan:

Foto – Pinterest
  1.  Ambil 1/2 cawan beras pulut dan rendam semalam.
  2. Esoknya ambil rendaman beras pulut dan kisar halus.
  3. Kemudian sapu di wajah sebanyak 2 kali seminggu.

Selamat mencuba!

petua kecantikanpetua kecantikan orang dulu dulupetua kecantikan tradisional
https://lomp.at/h9mpu
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara