Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, baru-baru ini. Pihak agensi yang membawa pelakon tersebut tampil memberikan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut bahawa Nadia merupakan salah seorang daripada 21 jemaah yang menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris oleh Nuh Travel.

Jelas Nuh Travel, Nadia didapati tidak berada bersama kumpulan ketika semua jemaah berkumpul untuk penerbangan seterusnya ke London sebelum mereka bertindak untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang Jeddah.

“Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah bagi tujuan transit sementara sebelum meneruskan penerbangan ke London, semua jemaah termasuk Puan Nadiah telah diberikan taklimat oleh Ketua Rombongan Nuh Travel. Jemaah dimaklumkan untuk berkumpul semula di lokasi yang telah ditetapkan selepas selesai urusan peribadi seperti ke tandas dan berehat.

Namun demikian, ketika semua jemaah telah berkumpul dan beratur untuk penerbangan seterusnya ke London, Puan Nadiah didapati tidak berada bersama kumpulan. Ketua rombongan telah segera memaklumkan perkara ini kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang Jeddah.”-kata pihak agensi menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat

Biarpun telah membuat pengumuman awam dengan menyebut nama pelakon tersebut untuk ke balai berlepas oleh pihak lapangan terbang, Nadia Kesuma masih gagal ditemui.

“Pihak lapangan terbang seterusnya telah membuat tiga (3) kali pengumuman awam dengan menyebut nama beliau agar segera ke balai berlepas. Usaha pencarian turut dilakukan oleh Ketua Rombongan di sekitar kawasan lapangan terbang, namun beliau masih gagal ditemui.

Oleh kerana tempoh menunggu yang lama dan arahan operasi penerbangan, pesawat tersebut akhirnya berlepas ke London tanpa kehadiran beliau.

Perkara ini telah segera dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Nuh Travel di Malaysia, dan tindakan pantas diambil dengan menghubungi petugas kami di Mekah dan Jeddah, selain memaklumkan kepada suami beliau serta pihak muassasah kami di Arab Saudi.

Usaha pencarian telah digerakkan secara berterusan dengan kerjasama pihak berkuasa dan pengurusan Lapangan Terbang Jeddah.”-kata

Nuh Travel Mohon Tidak Timbulkan Spekulasi & Berita Tak Sahih

Dalam pada itu, agensi tersebut turut memohon orang ramai untuk tidak melakukan sebarang spekulasi dan kenyataan yang tidak sahih kerana ia boleh mengganggu proses pencarian yang sedang dijalankan.

“Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, Puan Nadiah masih belum dapat dikesan, dan pihak kami terus komited menjalankan usaha pencarian secara aktif bersama pihak berkuasa di Arab Saudi.

Sehubungan itu, pihak Nuh Travel dengan rendah hati memohon agar tiada sebarang spekulasi atau kenyataan tidak sahih disebarkan kerana ia boleh mengganggu proses siasatan dan pencarian yang sedang dijalankan. Kami juga memohon doa daripada semua pihak agar beliau dapat ditemui dengan segera dan berada dalam keadaan selamat.”-katanya lagi

Sama-sama kita doakan agar Nadia Kesuma berada dalam keadaan baik dan dapat ditemui dengan secepat mungkin..

"Rindu Awak. InsyaAllah, Kita Akan Bertemu Lagi"- Suami Arwah Nadia Kesuma
nadia kesuma
https://lomp.at/dttpi
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Lokal

“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

by Naddy Joe
January 19, 2026

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang 'kecoh' mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore