• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Piobbico Ibu kota Orang Hodoh Yang Meraikan “Keburukan” Rakyat

by Aphit J.
March 8, 2020
Kota Piabicco via flickr

Kota Piabicco via flickr

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Terletak diantara lembah Pergunungan Apennine dan Laut Adriatik di tengah Itali, Piobbico adalah sebuah bandar zaman pertengahan yang penuh dengan bangunan batu besar dan dikelilingi oleh hutan subur. Walaupun ibu kota ini nampak cantik dan sempurna, tetapi Piobbico terkenal dengan “keburukan” rakyatnya.

Meraikan “Keburukan” Selama 140 Tahun Yang Lalu

Via valmisa

Sejak tahun 1879, bandar yang berpenduduk seramai hanya 2 ribu orang ini adalah tempat tinggal kepada Club dei Brutti (Kelab Hodoh) yang anggotanya percaya bahawa “seseorang itu adalah siapa diri mereka dan bukan apa yang dilihat”.

Menurut BBC Travel, sehingga kini seramai 30 ribu orang merangkumi 25 negara seluruh dunia telah mendaftar sebagai “Persatuan Dunia Orang Hodoh”.

Club dei Brutti Mementingkan Kecantikan Dalaman

Via pu24.it

Pada asalnya, Club dei Brutti ditubuhkan bertujuan sebagai perkhidmatan menemukan jodoh untuk wanita bujang. Apabila kelab ini berkembang, penduduk tempatan mengubah tujuan asal kelab ini dengan mengingatkan kepada masyarakat bahawa kecantikan dalaman lebih penting daripada penampilan fizikal.

Pada 2007, sebagai penghargaan kepada penduduk di situ, Piobbico telah membina patung yang didedikasikan kepada orang-orang hodoh di bandar itu.

Pemarkahan “Keburukan” Sehingga Tahap “Hodoh Luar Biasa”

Kota Piabicco via flickr

Untuk menjadi ahli persatuan, ahli kelab yang berpengalaman bertanggungjawab untuk menilai dan mengukur tahap “keburukan” ahli ahli baru. Mereka yang berpotensi akan diberikan markah daripada “keburukan yang tidak dapat dikesan” kepada “hodoh luar biasa”.

Walau bagaimanapun, ahli kumpulan itu tidak semestinya hodoh kerana kelab ini lebih tertumpu kepada meraikan kecantikan dalaman tanpa memikirkan apa yang akan dikatakan orang lain.

Satu Dunia Berkumpul Memilih Ketua Kelab Hodoh

Pada Ahad pertama di bulan September, orang ramai berkumpul dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam Festival Hodoh Tahunan Piobbico. Memetik BBC Travel, pada hari tersebut, setiap ahli akan memilih ketua kelab, mendaftar ahli baru dan memakan pasta dan truffles tempatan.

Jadi negara yang meletakkan begitu banyak penekanan kepada public figure harus mencontohi negara di Itali ini dengan membuktikan bahawa menjadi diri sendiri lebih baik dan ini adalah definisi cantik yang sebenarnya. Embrace yourself!

https://lomp.at/wrnb4
Share11Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore