Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Plot Twist Lebih 11 Jam Dalam AirAsiaX Menuju Istanbul: Tiket Murah Tapi Apa Yang Tak Kena?

by Phic ARMAN
December 5, 2025
139
KONGSIAN
Share on Facebook

Sekarang memang ramai rakyat Malaysia terbang ke Istanbul, bukan sebab trend semata-mata, tapi sebab AirAsiaX dah buka laluan terus ke Istanbul, empat kali seminggu, dengan tambang all-in one-way serendah RM799. Kalau kena waktu promo, lain macam murahnya. Bila tengok harga yang ditawarkan, automatik timbul satu soalan, “Eh… murah sangat ni, mesti ada benda tak kena.”

Tapi betul ke? Jom kita cerita satu-persatu.

Bila Naik, Terus Tercengang, Kapal Besar Gila!

Masuk sahaja dalam flight, terus rasa macam kena prank. Ingatkan sempit, rupa-rupanya kapal besar! Airbus A330 (D7). Seat dia luas, walking space pun selesa. Untuk perjalanan lebih 11 jam, memang lega habis.

Tiket murah, tapi rasa macam premium.
Yang ni memang tak sangka.

Ingatkan Lapar 11 Jam… Rupanya Harga Makanan Murah!

Mula-mula memang rasa risau. Sebab ini bukan full service flight, makanan tak termasuk. Terus lah risau, “Habis aku kelaparan 11 jam ni… confirm harga makanan cekik darah.”

Tapi bila buka menu…
Eh? Murah?!

Tiba-tiba rasa nak ngopi banyak kali pun tak apa. Tak mahal. Air mineral lagi murah dari 7-Eleven. Ada roti bakar, burn cheese cake, snacks, nasi briyani, dan macam-macam lagi. Menu tebal gila, macam katalog IKEA.

Siapa sangka? Murah, banyak pilihan, dan rasa pun sedap. Memang tak kena langsung dengan expectation awal.

Satu Hal Yang Tak Ada: WiFi & In-Flight Entertainment

Yang mungkin buat ramai rasa “eh ada yang tak kena” ialah:

Tiada WiFi dan tiada entertainment built-in.

Tapi… jujur, ramai pun dah ada tablet/phone sendiri. Kadang ada entertainment pun tak tahu nak tengok apa. Kalau kau jenis bawak tablet + earbud power (macam JBL), memang tak terasa langsung 11 jam tu  turbulence pun tak perasan.

[VIDEO] Vivid Sydney 2025: Ini Jadinya Bila Sydney Lupa Nak Tutup Lampu!

Airport Pun ‘Tak Kena’, Tapi Dalam Cara Yang Bagus

Satu lagi benda pelik tapi best:

AirAsia landing di Istanbul Sabiha Gökçen Airport, bukan Istanbul Airport yang besar tu.

Apa beza?

Sabiha Gökçen Airport

  • Lebih kecil
  • Senang nak keluar
  • Proses imigresen lebih laju
  • Terletak di bahagian Asia Istanbul
  • Harga makanan lebih boleh tolerate
  • Ada domestic terminal juga

Istanbul Airport

  • Besar berganda-ganda
  • Komersial habis
  • Harga makanan mahal
  • Jalan kaki pun boleh berpeluh

So… yang “tak kena” sebenarnya ialah semuanya jadi lagi mudah daripada yang disangka.

Tajuk Macam Clickbait, Tapi Pengalaman Tak Mengecewakan

Tiket murah, kapal besar, seat selesa, makanan tak mahal, airport pun friendly.

Kadang-kadang kita ingat bila murah mesti ada drama, tapi untuk laluan AirAsiaX ke Istanbul ini, yang “tak kena” cuma expectation kita sendiri.

Realitinya? Lebih banyak benda yang kena, daripada yang tak kena.

Kalau kau plan ke Istanbul tahun depan, laluan AirAsiaX ni memang antara yang paling berbaloi.

Terima kasih Turkeye Tourism kerana menyediakan panduan lengkap, dari itinerary, tips kafe, hingga sejarah Istanbul. Dengan info ini, pengalaman di Istanbul anda jadi lebih mudah, lancar, dan menyeronokkan. Untuk explore lebih, lawat media sosial dan laman web rasmi mereka.

airasiaairasiaXistanbulsantan
https://lomp.at/6gjek
Share56Tweet35SendShare

KINI TRENDING

Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
LifeXplore

Jom Terjah Bazar Ramadan Selangor: Syurga Juadah Berbuka Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
March 7, 2026

Menjelang bulan Ramadan, pasti kalian mencari di mana bazar Ramadan Selangor yang tersohor dengan suasana semakin meriah dengan deretan bazar...

Read moreDetails
Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Healing Bersama Keluarga di D’Kelulut Campsite, Port Tenang Yang Ramai Tak Tahu!

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Kalau sebut Selangor, ramai terus bayangkan kesibukan bandar dan trafik yang sesak. Tapi siapa sangka, di Batangsi, Semenyih, tersembunyi sebuah...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Tak Perlu Hadap Jem! Ini 5 Bazar Ramadan Paling Senang Akses LRT & MRT Di Kuala Lumpur

by Farah Fatihah
March 1, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, bazar Ramadan menjadi antara destinasi wajib untuk orang ramai mencari juadah berbuka. Namun, isu kesesakan jalan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore