Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

PM Anwar Kongsi Persembahan G-Dragon, Peminat Mohon Konsert 3 Hari Berturut-Turut!

by Aphit J.
November 1, 2025
Share on Facebook

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian warganet apabila berkongsi klip 36 saat persembahan G-Dragon pada makan malam Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC malam tadi.

Hantaran Perdana Menteri Tarik Perhatian

View this post on Instagram

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Video tersebut, yang dimuat naik di Twitter, Instagram dan Facebook rasmi beliau, memaparkan G-Dragon menyanyikan lagu popularnya, “Drama”, menarik perhatian peminat K-Pop di Malaysia.

Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini.

Jadi saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat.

Permintaan Konsert Reunion Tiga Hari

via Instagram Anwar Ibrahim

Melihat diruangan komen, peminat tidak melepaskan peluang untuk menulis komen di hantaran Perdana Menteri memohon agar G-Dragon dan BigBang mengadakan konsert reunion di Malaysia tahun depan sempena ulang tahun ke-20 kumpulan hip hop legenda itu.

Ada yang berharap konsert itu bukan sekadar sehari, tetapi diadakan tiga hari berturut-turut.

Persembahan G-Dragon malam tadi turut menampilkan lagu “Power” yang memukau pemimpin-pemimpin APEC selain peminat K-Pop.

Gabungan Muzik Moden & Warisan Budaya

via Instagram Anwar Ibrahim

Selain persembahan G-Dragon, majlis makan malam tersebut turut dihiasi dengan pertunjukan kebudayaan Korea.

Alunan seruling tradisional oleh Kim Ki-yeop membawa tetamu kembali ke zaman silam Gyeongju, bekas ibu kota Kerajaan Silla yang memerintah Semenanjung Korea hampir seribu tahun.

Gyeongju, bandar kelima terbesar Korea Selatan, terkenal sebagai “muzium tanpa dinding” dengan pelbagai tapak sejarah yang sebahagiannya diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Lokasi bersejarah ini dipilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC, menjadikan gabungan muzik moden dan tradisi budaya Korea benar-benar meninggalkan kesan kepada semua yang hadir.

PM Anwar Ibrahim Gesa Para Aktivis & Sukarelawan GSF Dibebaskan Rejim Zionis!
anwar ibrahimg-dragon
https://lomp.at/w38a0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara