Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

PM Itali Giorgia Meloni Perokok Tegar, Akui Boleh B*nuh Diri Jika Berhenti Merokok

by Nurul A.
October 30, 2025
Foto - @giorgiameloni (IG)

Foto - @giorgiameloni (IG)

Share on Facebook

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni mengakui dia bergelut untuk berhenti merokok. Perdana menteri wanita pertama Itali malah mengatakan berhenti merokok boleh membawa kepada bunuh diri.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan yang terkenal dengan kempen untuk menjadikan negara bebas rokok, menyentuh tabiat merokok Giorgia.

“Kamu (Giorgia Meloni) kelihatan hebat. Tetapi saya perlu membuat kamu berhenti merokok.”

View this post on Instagram

A post shared by Giorgia Meloni (@giorgiameloni)

Mendengar pernyataan Erdoğan, Giorgia menjawab gurauan tersebut dengan memberitahu bahawa ia adalah perkara yang mustahil untuk dilakukan olehnya.

Wanita berusia 48 tahun itu baru-baru ini mendedahkan dalam sebuah buku bahawa dia telah kembali merokok selepas berhenti selama 13 tahun.

Giorgio malah bergurau, mengatakan tabiat buruknya itu telah membantunya dalam membina hubungan yang lebih rapat dengan beberapa pemimpin dunia, termasuklah Presiden Tunisia iaitu Kais Saied.

View this post on Instagram

A post shared by Giorgia Meloni (@giorgiameloni)

Bagaimanapun, Erdoğan bukan satu-satunya yang memberi perhatian kepada Perdana Menteri Itali. Dalam ucapan berasingan, Donald Trump turut memuji Giorgia selepas berucap di Parlimen Israel, Knesset.

“Saya tidak sepatutnya berkata ini kerana ia biasanya menamatkan kerjaya politik di Amerika. Tetapi saya tidak kisah. Dia seorang wanita muda yang cantik. Di Amerika, jika anda memuji seorang wanita dengan perkataan ‘cantik,’ kerjaya politik anda boleh berakhir. Tetapi saya mengambil risiko. Dia luar biasa, dan sangat dihormati di Itali. Dia seorang ahli politik yang berjaya dan hebat.”

View this post on Instagram

A post shared by Giorgia Meloni (@giorgiameloni)

Selain komennya mengenai merokok, Giorgia turut berkongsi pendirian terkini Itali mengenai konflik Israel-Palestin. Beliau menyatakan bahawa Itali kini semakin terbuka untuk mengiktiraf negara Palestin, dengan syarat rancangan damai itu diteruskan seperti yang dipersetujui.

Giotgia juga menegaskan bahawa Rom bersedia membantu menstabilkan Gaza, termasuk kemungkinan mengerahkan Carabinieri (pasukan separa tentera Itali) di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
donald trumpgiorgia meloniperdana menteri italiRecep Tayyip Erdogan
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara