Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

PM Umum Jualan Rahmah MADANI 3 Kali Sebulan, Ini ANtara Info Yang Perlu Anda Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 7, 2026
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan melalui Program Jualan Rahmah MADANI akan dianjurkan tiga kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Jumaat ini, bagi membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup.

Program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, telur, beras, sayur dan produk harian lain pada harga lebih rendah berbanding pasaran biasa, dengan penjimatan antara 10 hingga 30 peratus.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jualan Rahmah MADANI akan bermula 9 Januari ini dan melibatkan lebih 23,000 jualan merangkumi 600 DUN dan 40 lokasi di Wilayah Persekutuan. Beliau menegaskan inisiatif ini bertujuan memastikan rakyat mendapat akses barangan asas pada harga lebih mampu milik.

“Secara keseluruhan, program ini akan diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN, membolehkan penduduk menjimatkan perbelanjaan keluarga secara konsisten,” kata Anwar dalam ucapannya pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026, di Putrajaya.

Via laman web rasmi KPDN

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata kawasannya merekodkan jualan lebih RM3 juta pada tahun lepas menerusi Program Jualan Rahmah MADANI.

“Subsidi yang diterima adalah kira-kira RM1.6 juta bagi mengadakan program berkenaan dan pembeli sememangnya menunggu jualan terbabit diadakan sama ada secara bergerak ataupun di pasar raya.

Beliau turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkaitan kekerapan program terbabit diadakan kerana ia berjaya menjimatkan perbelanjaan ramai.

Sekadar info tambahan, Program Jualan Rahmah MADANI mula dilancarkan pada 11 Januari 2023 sebagai sebahagian daripada inisiatif Payung RAHMAH oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKS). Sebelum ini, ia dianjurkan dua kali sebulan, dan pengumuman terkini meningkatkan kekerapan untuk lebih memberi manfaat kepada rakyat.

Bagi setiap jualan, kerajaan menyediakan subsidi tertentu untuk memastikan harga barangan kekal rendah, dan lokasi jualan diatur di kawasan strategik termasuk tapak parkir dan pasar raya, bagi memudahkan akses penduduk.

Murai berpendapat dengan langkah ini, Kerajaan MADANI menyasarkan kesejahteraan isi rumah melalui penjimatan kos harian serta meningkatkan keberkesanan dasar kos sara hidup negara secara menyeluruh.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
3 kali sebulanJualan Rahmah MADANIsetiap DUN
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Peluang Buat Anak Muda! Program Gold Preneur CA Prime Gold Sasar Lahirkan 10,000 Usahawan Emas

by Phic ARMAN
July 9, 2026

Golongan belia yang sedang mencari peluang menjana pendapatan kini mempunyai satu lagi platform untuk mengembangkan potensi diri apabila CA Prime...

Read moreDetails
Insentif

Nak Sambung Belajar Tapi Risau Duit? Ini Berita Baik Buat Anak Perak

by Phic ARMAN
June 26, 2026

Berita baik buat pelajar di Perak! Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Uni Enrol kini membuka Program Biasiswa Potensi Anak Perak...

Read moreDetails
Insentif

Jangan Lepaskan Peluang, Penjawat Awam Johor Kini Boleh Buat Saringan Kesihatan Percuma!

by Ayu Kamaruddin
June 15, 2026

Berita baik buat penjawat awam di Johor, Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama KPJ Healthcare kembali melaksanakan Program Johor Sihat Penjawat...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Anak Autisme Bawah 18 Tahun Layak Terima Subsidi RM1,000

by Ayu Kamaruddin
June 18, 2026

Berita baik buat ibu bapa dan penjaga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini membuka semula permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Perasan! Pelajar Johor Ke Mesir & Jordan Layak Mohon Bantuan Ini Sebelum 31 Julai

by Phic ARMAN
July 6, 2026

Ada berita baik buat anak Johor yang sedang menyambung pengajian di Timur Tengah. Jika anda kini belajar di Universiti Al-Azhar,...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Pesara Kerajaan Boleh Tuntut Bantuan Mengurus Jenazah RM3,000

by Ayu Kamaruddin
June 18, 2026

Ramai yang mungkin masih belum tahu waris pesara kerajaan yang telah meninggal dunia sebenarnya layak membuat tuntutan Bantuan Mengurus Jenazah...

Read moreDetails
Insentif

Lepasan SPM Ambil Perhatian! JPA Buka 640 Tawaran Penajaan Tahun 2026

by Phic ARMAN
June 19, 2026

Rezeki buat pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)! Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini menawarkan sebanyak 640...

Read moreDetails
Insentif

Jangan Lepaskan Peluang! Program PERMATA NegaraTawar Pendidikan Percuma Untuk Anak B40

by Ayu Kamaruddin
June 15, 2026

Berita baik buat ibu bapa dan penjaga golongan B40! permohonan Program PERMATA Negara 2027 kini dibuka secara rasmi. Program yang...

Read moreDetails
Insentif

Kalau Anak Baru Lahir Di Kelantan, Rugi Kalau Tak Claim RM100 Ini

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Kalau ada berita gembira menyambut kelahiran cahaya mata, apa kata ibu bapa di Kelantan semak sekali Skim Cakna Aulad. Mana...

Read moreDetails
Insentif

Nak Rebat RM200 Beli Aircond Atau Peti Sejuk? Ini Cara Mudah Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Kalau memang dah lama berhajat nak tukar penghawa dingin atau peti sejuk di rumah, MURAI rasa ini peluang yang jangan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara