Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Polis Evo Kekal Kukuh 10 Tahun: Pencetus Revolusi Industri Filem Tempatan

by Aphit J.
September 21, 2025
Share on Facebook

Francais Polis Evo meraikan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan satu dekad kejayaan dalam dunia filem Malaysia.

10 Tahun Kejayaan Francais Aksi Malaysia

via Astro Shaw

Bermula pada tahun 2015, francais ini telah menetapkan standard baharu bagi filem aksi tempatan menerusi penceritaan mantap, visual berkualiti tinggi, serta strategi pemasaran yang berkesan.

Tiga filem Polis Evo bukan sahaja mencatat kutipan box office memberangsangkan – RM17.8 juta (2015), RM22.45 juta (2018) dan RM54 juta (2023) – malah menjadi antara naskhah paling berjaya dalam sejarah perfileman negara.

Ulang tahun ini diraikan melalui acara istimewa ‘Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun’ di TGV Cinemas, menghimpunkan semua pelakon dan tenaga produksi daripada ketiga-tiga sekuel filem.

Meraikan Legasi & Mencorak Masa Depan

via Astro Shaw

Acara ulang tahun ini bukan sahaja mengenang pencapaian lalu, tetapi turut menjadi platform melancarkan fasa baharu francais ini.

Astro Shaw mengumumkan kesinambungan dunia Polis Evo menerusi siri premium Evo: Mat Yam di bawah Astro Originals.

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, kejayaan ini tidak mungkin dikecapi tanpa sokongan peminat dan semua pihak yang terlibat sepanjang dekad lalu.

Francais ini juga membuka ruang kepada bakat baharu seperti Joel Soh dan Anwari Ashraf, yang kini menjadi nama besar dalam industri.

Watak seperti Inspektor Khai dan Sani telah menjadi ikon budaya pop dan membawa impak besar dalam perkembangan karier pelakon tempatan.

Kopi WONDA & Pengalaman Eksklusif Peminat

via Astro Shaw

Dikuasakan oleh Kopi WONDA, Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun turut memberi peluang kepada peminat untuk merasai pengalaman eksklusif bersama francais ini.

Antara tawaran menarik termasuk peluang muncul dalam filem Polis Evo seterusnya, sesi bertemu pelakon, barangan edisi terhad seperti jaket bomber eksklusif, serta pakej pembelian Kopi WONDA yang memberikan akses ke audisi dan barangan istimewa.

Peminat juga boleh membeli t-shirt eksklusif Polis Evo di Gempak Official Store di Shopee, bermula dari RM69.90.

Untuk info lanjut dan penyertaan, peminat boleh mengikuti media sosial Astro Shaw dengan tanda pagar #PolisEvo dan #PolisEvoWonda-Ful10.

Evo: Mat YamPolis Evo
https://lomp.at/z2rnp
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore