Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Polis Kelantan Cari ‘Influencer’ Ini Selepas Rentas Negeri Rai Perkahwinan Rakan

by Khai Azfar
February 24, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini, Murai.my melaporkan beberapa individu termasuk beberapa pengamal media sosial terkenal telah dikecam oleh netizen berikutan dia dikatakan berjaya merentas negeri untuk ke pantai timur. Difahamkan, perjalanan mereka kesana kononnya bagi meraikan kenalan rapat mereka yang mendirikan rumah tangga.

Polis Cari Influencer

Susulan daripada itu, Polis Kelantan menerusi kenyataan yang dikeluarkan sedang mengesan mereka yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk merentas negeri.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berdasarkan semakan aduan, mereka turut dikatakan memuatnaik beberapa keping gambar bersama pasangan pengantin tanpa penjarakan fizikal dan turut tidak memakai pelitup separuh muka.

“Terdapat komen daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Keadaan itu sekali gus mempersoalkan mengenai pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan,”katanya dalam kenyataan tersebut

Difahamkan, polis telah menerima laporan berkaitan perkara itu dan kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam kawasan tempatan jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.3) 2021

Terbaru, menerusi carian Murai.my dalam hantaran yang dimuatnaik salah seorang daripada pengamal media sosial tersebut mengatakan bahawa mereka telah pun ke balai polis untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa mereka akan membuat permohonan maaf tidak lama lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Influencer rentas negeri
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara