Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal : Polis Minta Mangsa Tampil Segera

Difahamkan beberapa saksi sudah tampil memberi kenyataan

by Khai Azfar
October 6, 2021
Share on Facebook

Susulan kes gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal, pihak polis menyeru saksi atau mangsa untuk tampil segera bagi membantu siasatan.

Beberapa Saksi Sudah Tampil 

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan.

“Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini,” katanya kepada portal akhbar tersebut

Polis Buka Kertas Siasatan 

Terdahulu, pendakwah tersebut dan isterinya telah diminta ke Bukit Aman untuk dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual. Dalam pada itu, pihak polis juga sudah membuka kertas siasatan berhubung video dan mesej berbaur lucah yang tular kononnya pendakwah tersebut telah menganggu beberapa orang wanita. Siasatan lanjut juga sedang giat dijalankan.

Sebelum ini, Murai.my melaporkan mangsa telah membuat perakuan sumpah bahawa dia akui telah diganggu oleh seorang pendakwah terkenal dengan cara menghantar video serta mesej-mesej yang lucah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Gambar Lucah Pendakwah Terkenalpendakwah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara