Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Kenali Puteri Amalia, Puteri Raja Yang Tolak Elaun Diraja Sebanyak RM7.96 Juta Setahun

Amalia kerabat diraja pertama yang menolak elaun perbelanjaan

by Khai Azfar
June 14, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini, nama Puteri Amalia menjadi tumpuan warganet seluruh dunia apabila membuat keputusan untuk menolak elaun diraja yang diterima nya.

Tolak Elaun Diraja Selama Setahun

Menerusi sepucuk surat yang ditulis kepada Perdana Menteri Belanda, Amalia menolak elaun sebanyak €1.6M (RM7.96juta) yang diterimanya itu setiap tahun apabila mencecah umur 18 tahun kerana berasa tidak manis jika menerimanya tanpa perlu berbuat apa. Memetik laporan The Guardian, Amalia berkata dia akan mula menerima elaun tersebut setelah menjalani tugas rasmi sebagai kerabat diraja.

“Pada 7 Disember 2021, saya akan mencecah umur 18 tahun dan mengikut undang-undang saya akan mula menerima elaun diraja. Saya berasa tidak manis sekiranya saya menerimanya tanpa perlu berbuat apa sebagai balasan sementara pelajar lain menghadapi masa yang sukar ketika ini, terutamanya ketika musim Coronavirus” tulis Amalia kepada Mark Rutte

Anak Sulung Willem-Alexander, Kerabat Pertama Tolak Elaun

Sebagai info, Amalia merupakan anak sulung kepada Raja Belanda, Raja Willem-Alexander yang baru sahaja tamat persekolahan. Keputusan yang dibuat Amalia itu menjadikannya sebagai kerabat diraja pertama yang menolak elaun perbelanjaan yang diterima oleh setiap ahli keluarga diraja sebaik sahaja berumur 18 tahun. Menurut sebuah kajian sekitar 2012, elaun diraja Belanda merupakan paling tinggi mengalahkan United Kingdom sebelum ini.

Pada tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan bajet untuk keluarga diraja sebanyak €47.5M (RM236 Juta) bagi tahun 2021. Bajet ini tidak termasuk dengan kos lawatan diraja mahupun penyelenggaran istana, Willem-Alexander menerima gaji sebanyak RM4.96 Juta setahun(€998,000) manakala RM25 Juta(€5.1m) untuk perbelanjaan rasmi.

Isterinya, Ratu Maxima diperuntukkan elaun sebanyak RM 5.47 Juta (€1.1m), bekas Permaisuri Beatrix RM8.46 Juta (€1.7m) dan Amalia sendirim €1.6M (RM7.96juta)

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kerabat dirajaPuteri Ameliaputeri raja
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara