Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Prof Madya UKM Kongsi 5 Kelonggaran Covid-19 Yang Arab Saudi Kuatkuasakan

by Puteri Alia
October 18, 2021
Foto - Arab News PK

Foto - Arab News PK

Share on Facebook

Kini Arab Saudi menerima kehadiran pelancong dan para jemaah di negara mereka, tambah menggembirakan buat rakyat dan para jemaah adala, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan beberapa kelonggaran berkaitan Covid-19 dan ianya telah dikuatkuasa pada 17 Oktober 2021 semalam.

Prof Madya Dr Mohd Izhar Kongsi 5 Kelonggaran Dikuatkuasa Arab Saudi

Timbalan Dekan Jaringan Dan Alumni Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff berkongsi beberapa kelonggaran yang kerajaan Arab Saudi keluarkan di negara mereka yang buat orang ramai cemburu.

Foto – Instagram @mohdizharariff_official

“Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan beberapa kelonggaran baharu berkaitan Covid-19 yang akan mula berkuatkuasa pada Ahda, 17 Oktober 2021 bersamaan 11 Rabi’ul Awwal 1443H.

1.Masjidil Haram, Makkah & Masjid Nabawi, Madinah kembali dibuka dengan KAPASITI PENUH. Syaratnya semua jemaah mesti berusia 12 tahun keatas & telah lengkap divaksinasi vaksin Covid-19.

2.Para Pelaksana Umrah & Jemaah Solat Fardhu masih *DIWAJIBKAN* memakai pelitup separuh muka _(Mask)_ di dalam kedua-dua buah Masjid berkenaan.

3.Para Pelaksana Umrah, Jemaah Solat Fardhu & Penziarah Raudhah serta Maqam Nabi Muhammad SAW, masih perlu mendapatkan tempahan slot/permit melalui aplikasi *EATMARNA*.

Namun, disebabkan kedua-dua buah Masjid teragung ini telah dibuka dengan kapasiti penuh, tempahan slot menjadi lebih mudah untuk diakses jemaah. Barangkalian mendapat 2 kali Umrah atau lebih juga besar.

4.Penguatkuasa Penjarakan Sosial di semua tempat awam, pengangkutan awam, restoran & tempat berkumpul *DIMANSUHKAN* serta merta.

5.Penggunaan Pelitup Separuh Muka _(Mask)_ di tempat terbuka *TIDAK LAGI DIWAJIBKAN* kecuali di tempat-tempat tertutup yang tiada akses pengudaraan.” Tulisnya

Netizen Cemburu Lihat Arab Saudi Dah Boleh Solat Dengan Rapatkan Saf

Melihat perkongsian Prof Madya UKM tersebut di Instagram, membuatkan orang ramai berasa cemburu melihat suasana baharu di Arab Saudi.

Kisah Limbad, Ahli Silap Mata Indonesia Digelar "Syaitan" & Ditahan Askar Arab Saudi

Rata-rata ramai mengatakan berasa rindu ingin solat berjemaah sambil merapatkan berlaga bahu, dan berharap Malaysia juga dapat menjadi seperti Arab Saudi juga kelak.

Foto – Instagram @mohdizharariff_official

“Malaysia bila nak rapatkan saf niiiii”

“Rindu suasana sembahyang berlaga bahu ni”

“Alhamdulillah Malaysia bila lagi nak saf macam biasa balik ni, rindu”

“Alhamdulillah…. Semoga masjid-masjid di Malaysia juga boleh mula mengikuti”

“Allahuakbar… Alhamdulillah”

Untuk rekod kes Covid-19 di seluruh Arab Saudi berada di bawah 50 kes sehari semenjak sebulan yang lalu, dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi juga mengatakan kelonggaran yang dikeluarkan boleh berubah bergantung pada situasi Covid-19 di sana.

Harap-harap kes negara kita juga berada di paras bawah 50 kes sehari dan kerajaan dapat mengeluarkan lebih banyak kelonggaran seperti negara Arab Saudi.

Arab Saudicovid-19KelonggaranProf Madya Dato' Dr Mohd Izhar Ariff
https://lomp.at/r3lpt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @aishahazman8 (IG)
Lokal

Titip Semangat Buat Kamal, Aishah Tegur Sikap ‘Bitter’ Netizen- “Busuk Hati, Sebarkan Doa Bukan Fitnah”

by Nurul A.
January 14, 2026

Tak salah rasanya kalau beri kata-kata semangat kepada rakan kan? Pelakon Aishah Azman mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa hantaran...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @anzalnanasir88 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”

by Nurul A.
January 13, 2026

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga di Jepun baru-baru ini. Walaupun ramai...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Shahrol Shiro Tidak Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain, Namun Lain Pula Yang Jadi?

by Naddy Joe
January 12, 2026

Nama pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro sebelum ini mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi pengalamannya yang secara tidak sengaja tersalah...

Read moreDetails
Berita

Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

by Naddy Joe
January 13, 2026

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore