Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Isu ‘Buat-Buat Bodoh’ : Prof Muhaya Mohon Maaf, Video Lama Tular Kembali

Muhaya bermurah hati menghadiahkan nota ringkas mengenai perkongsiannya yang tular itu

by Khai Azfar
June 11, 2021
Share on Facebook

Pakar motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad akhirnya tampil ‘membuka mulut’ mengenai isu ‘Buat-Buat Bodoh’ yang tular baru-baru ini.

Video Lama Tular Kembali

Menerusi laman media sosial nya, Muhaya menjelaskan bahawa video tular berdurasi 56 saat tersebut sebenarnya merupakan sedutan daripada sebuah perkongsiannya pada 6 Februari lalu sebelum kembali hangat diperkatakan.

“Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “ANTARA CINTA DAN CITA-CITA”.

“Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga”

“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan” jelas Muhaya

Mohon Maaf Secara Terbuka 

Malah, pakar mata ini juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak di atas salah faham yang terjadi serta berterima kasih kerana sedia menanti penjelasannya daripadanya.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda”

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya” tulisnya

Susulan itu, Muhaya secara bermurah hati menghadiahkan nota ringkas mengenai perkongsiannya isu yang tular itu sebagai rujukan persoalan yang timbul sebelum ini. Terdahulu, kenyataan Muhaya mengenai wanita perlu menjadi kurang bijak kepada suami telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai termasuklah golongan selebriti dan ‘public figure’.

Prof Muhaya
https://lomp.at/fyk77
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara