Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Provok Ancam Status Quo Baitulmuqaddis, Israel Sambut Perayaan Yahudi Di Masjid Al-Aqsa

by Puteri Alia
December 15, 2023
Share on Facebook

Dalam provokasi baharu yang mengancam status quo Kota Lama Baitulmuqaddis, peneroka haram Israel menyambut perayaan Yahudi, Hanukkah dengan menyalakan lilin di pekarangan Masjid al-Aqsa buat kali pertama dalam sejarah masjid ketiga paling suci kepada umat Islam tersebut.

Ini akan menjadi ikutan pada masa hadapan, demikian menurut seorang pekerja al-Awqaf iaitu badan yang diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal Masjid al-Aqsa.

Menurut sumber dia berkata demikian ketika bercakap kepada laman berita Al-Araby al-Jadeed dengan syarat namanya tidak didedahkan.

Polis Israel telah menyekat kemasukan orang ke tapak suci itu berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu yang mencetuskan perang kejam Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Solat Jumaat, yang pernah dihadiri oleh puluhan ribu jemaah  kini hanya dihadiri oleh 3,000 hingga 4,000 orang yang bergelut untuk melepasi pusat pemeriksaan polis Israel.

Malah, warga emas juga kadang-kadang dilarang untuk memasuki pekarangan al-Aqsa.

Menurut sumber laporan berita online, polis Israel mengehadkan kemasukan orang Islam ke pekarangan al-Aqsa pada waktu pagi tetapi membenarkan peneroka radikal Israel dalam kawasan itu.

Pada Julai lalu, semasa cuti Yahudi, Tisha Ba’av, menteri berhaluan kanan Israel, Itamar Ben Gvir menyerbu Masjid Al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel yang ketat.

Peneroka haram Yahudi sering mengulangi seruan untuk membina sebuah kuil Yahudi di Haram al-Sharif yang menempatkan Masjid al-Aqsa dan Kubah Batu.

Selepas perang 1967, Israel mengambil alih Bab al-Maghareba atau Gerbang Morrocon dan menetapkannya untuk pelawat bukan Islam.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kerja-kerja pembaikan rutin di tapak suci tersebut semakin terhalang oleh gangguan daripada polis Israel.

Israel secara haram menjajah Baitulmuqaddis Timur susulan perang pada Jun 1967.

baitulmaqdis
https://lomp.at/1bhrm
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore