Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Putera Mateen & Dayang Anisha Sah Bernikah, Sultan Hassanal Bolkiah Beri Pesanan ‘Special’

by Soph Azz
January 12, 2024
Foto - Instagram / Facebook

Foto - Instagram / Facebook

Share on Facebook

Dengan sekali lafaz, Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Mulia (YM) Dayang Anisha selamat diijabkabulkan semalam (11 Januari 2024). Majlis akad nikah itu dilakukan di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Majlis akad nikah tersebut turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan bapa pengantin diraja perempuan; Awang Adam Abdullah. Upacara menikahkan Dayang Anisha dan pasangannya itu diwakilkan kepada Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim dengan mahar sebanyak $1000 dolar Brunei (RM3498).

? JUST IN ?

ALHAMDULILLAH

Telah berlangsung Majlis Pernikahan Pengantin Diraja, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan YM Dayang Anisha Rosnah Isa-Kalebic di Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei Darussalam sebentar tadi#RoyalWedding #Brunei #BruneiRoyalWedding #PrinceMateen https://t.co/PY6WFuXg76 pic.twitter.com/OD8sHq6HdT

— ?Arif E.? (@arfdy12) January 11, 2024

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja dimulakan dengan awang-awang menyalakan Diam Empat sebagai lambang keunikan adar Istiadat Diraja Brunei. Selepas lafaz kabul disahkan, sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan menandakan istiadat tersebut sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Selepas menandatangani dokumen perkahwinan, Pengiran Muda Abdul Mateen kemudiannya menghadap ayahandanya iaitu Sultan Hassanal Bolkiah. Ketika bersalaman, Sultan Hassanal Bolkiah turut mendoakan dan memberi pesanan kepada pengantin baru.

@azis_kurniawan1

Inilah Doa baginda #sultanbrunei ?? untuk putera nya #princemateen Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja #brunei ?? #pengantindirajabrunei2024 #indonesia ?? #kediri

♬ original sound – Aziz Kurniawan

“Semoga Allah merahmati kamu berdua. Semoga Allah memberkati anda berdua. Dan semoga Allah menyatukan kamu suami isteri dalam kebajikan.”

Memberikan pesanan kepada pasangan suami isteri itu, Sultan Hassanal Bolkiah berharap kedua-dua mempelai diberkati oleh Allah s.w.t dalam rumah tangga mereka.

Satu-satunya gambar pasangan yang dijumpai setakat ini usai Majlis Pernikahan Pengantin Diraja, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah & YM Dayang Anisha Rosnah.

Majlis bersanding akan diadakan pada hari Ahad, 14 Januari 2024#RoyalWedding #Brunei #BruneiRoyalWedding #PrinceMateen https://t.co/6KIevsKdeE pic.twitter.com/6lp6Vpx0JC

— ?Arif E.? (@arfdy12) January 11, 2024

Semasa majlis akad nikah, Pengiran Muda Abdul Mateen mengenakan busana songket serba putih. Manakala YM Dayang Anisha pula, dikatakan hanya mengenakan pakaian serba putih dengan selendang.

[VIDEO] Putera Wakeel Sibuk Agih Duit Raya, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- "Nak Terburai Dah Tu"
dayang anishaPengiran Muda Abdul Mateenputera mateenSultan BruneiSultan Hassanal Bolkiah
https://lomp.at/hkhfy
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore