Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Puteri Belanda Di-‘Target’ Sebagai Mangsa Dalam Plot Pembunuhan ‘Nazi’

by Nurul A.
May 7, 2026
Foto - @princess.catharinaamalia (IG)

Foto - @princess.catharinaamalia (IG)

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Kecoh seluruh dunia apabila tular sebuah kes yang melibatkan keluarga diraja Belanda. Memetik beberapa laporan media antarabangsa, seorang pelampau sayap kanan disyaki merancang serangan ke atas Puteri Mahkota Belanda, Puteri Catharina-Amalia dan adik perempuannya, Puteri Alexia.

Seorang lelaki bernama Anne Romke van der H., telah ditangkap pada bulan Februari 2026 di sebuah hotel di The Hague selepas polis menemui dua kapak di dalam biliknya.

View this post on Instagram

Menurut pendakwa raya, lelaki itu mendakwa dirinya sebagai kekasih bakal Ratu Belanda dan sedang dalam “misi latihan” bersamanya ke Poland.

View this post on Instagram

Dalam perbicaraan awal, defendan mendakwa Puteri Mahkota memintanya membeli dua kapak sebagai sebahagian daripada kit survival untuk “misi” mereka ke Poland.

Polis juga menemui ukiran yang mencurigakan pada pemegang kapak, termasuk perkataan “Sieg Heil” dan “Mossad.” Nama “Alexia,” iaitu adik Puteri Catahrina-Amalia, juga ditemui terukir pada salah satu kapak tersebut.

View this post on Instagram

Malah pihak berkuasa juga menemui nota tulisan tangan yang mengandungi nama kedua-dua puteri dan istilah ‘Bloedbad 400’. Istilah itu bermaksud ‘pembunuhan berdarah beramai-ramai ‘.

Untuk rekod, suspek sebelum ini pernah dilihat berada di sekitar taman istana kerajaan Belanda. Malah dia juga pernah membuat pengakuan kepada sebuah klinik bahawa dirinya tidak takut untuk bunuh orang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
catharina-amaliaputeri catharina-amaliaputeri mahkota belanda
Share7Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara