Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Puteri Raja Malaysia Yang Cantik & Manis Pilihan Miss Murai

by Soph Azz
February 23, 2023
Foto - Astro Awani / Nona

Foto - Astro Awani / Nona

Share on Facebook

Teringat dulu-dulu, berangan nak jadi puteri raja…

Selain daripada selebriti dan tokoh ilmuwan, golongan puteri diraja turut dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi ramai wanita. Tak kiralah latar belakang, kejayaan hingga ke rupa paras.

Menjadi sebahagian daripada keluarga diraja, bukan sahaja buatkan puteri-puteri ini mewarisi gelaran keluarga semata-mata. Malah mereka harus berkredibiliti dan tampil mempersona sepanjang masa.

Entri kali ini, Miss Murai senaraikan pilihan Top 5 puteri diraja Malaysia yang cantik dan sejuk mata memandang…

# 5 Tunku Tun Aminah 

Foto – Berita Harian / The Star

Tunku Tun Aminah merupakan anakanda kedua dan satu-satunya puteri kepada Sultan Johor; Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah. Memiliki enam orang adik beradik, Tunku Tun Aminah sudah berkahwin dengan Dato’ Muhammad Dennis Abdullah dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Layla Sofiah.

#4 Tengku Nadhirah Zaharah

Kerap menyantuni rakyat jelata dalam setiap acara yang diadakan, Tengku Nadhirah Zaharah merupakan anak sulung kepada Sultan Terengganu; Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultan Nurzahirah.

Foto – Instagram

Berusia 27 tahun, Tengku Nadhirah memiliki 3 orang adinda iaitu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mu’az dan Tengku Fatimatiz Zahra.

#3 Tengku Puteri Iman Afzan 

Foto – First Class / Astro Awani

Puteri sulung Sultan Pahang, Tengku Puteri Iman Afzan adalah puteri raja yang sangat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Baginda merupakan seorang pejuang dalam isu kesihatan mental dan juga penaung antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020.

#2 Tengku Fatimatuz Zahra 

Foto – Facebook

Adinda kepada Tengku Nadhirah Zaharah ini boleh dikatakan memiliki rupa paras yang lembut dan menawan. Mewarisi raut wajah ayahanda dan senyuman bondanya itu, Tengku Fatimatuz adalah puteri bongsu kepada pasangan Sultan dan Sultanah Terengganu.

#1 Raja Nazira Safya 

Foto – Era Baru / FB

Berusia 12 tahun, Raja Nazira Safya merupakan puteri Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan Tunku Zara Salim. Terkenal dengan keletah comelnya, Raja Nazira memiliki seorang abang iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah iaitu Raja Kechil Besar Perak. Kalau lihat wajahnya, memang tak dinafikan puteri Perak ini mewarisi kecantikan bondanya.

Setuju tak?

puteri raja malaysiaputeri raja malaysia cantikputeri raja popular
https://lomp.at/gstyg
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore