Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Puteri Sarah Sedih Tak Dapat Hadir Hari Sukan Anak, Peminat Sangka Syamsul Lawat Anak Bersama Isteri Tercinta Ira Kazar

by Puteri Alia
August 7, 2023
Share on Facebook

Pelakon Puteri Sarah Liyana menjelaskan ketiadaannya pada hari sukan sekolah dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah pada Sabtu lalu disebabkan nasihat doktor yang memintanya berehat selepas menjalani pembedahan lasik matanya.

Meskipun terlepas momen manis tersebut, Puteri Sarah, 37, bersyukur kerana bekas suami, Syamsul Yusof hadir pada acara tersebut bagi memberi sokongan kepada dua anak mereka.

“Sedih sangat tidah boleh hadir ke hari sukan sebab perlu berehat selepas hari ketiga menjalani pembedahan lasik, doktor tak bagi keluar rumah.

“Terima kasih Syamsul, mama, penjaga anak-anak dan pembantu rumah yang hadir memberi sokongan kepada Syaikhul dan Sumayyah,” katanya dalam Instagram baru-baru ini.

Sementara itu, bintang drama Hijrah Jannah itu turut berasa bangga melihat Syaikhul terpilih untuk membaca surah acara pembukaan hari sukan tersebut.

Dia juga berdoa agar Syaikhul menbesar menjadi lelaki yang baik dan mampu menjaga dirinya dan adik perempuan kelak.

“Satu kebanggaan apabila Syaikhul Islam dipilih untuk mengetuai bacaan surah al-Fatihah pada acara pembukaan.

“Semoga jadi anak yang soleh, Syaikhul Islam. Mama dan ayah telah mendidik kamu dengan baik.

“Semoga Syaikhul menjadi ketua yang bijak, disegani, keperibadian yang baik, hormat orang tua. Syaikhul bermaksud ‘Sheikh’, jaga mama dan adik okey,” ujarnya.

Sejak semalam, tular video yang dikongsi Syamsul memaparkan dia hadir ke acara hari sukan sekolah dua anaknya.

Menerusi video tersebut, pengarah filem Kebangkitan Pahlawan: Mat Kilau itu dilihat mendukung, memeluk Syaikhul dan Sumayyah.

Bukan sahaja meraih pujian, ramai juga yang melontarkan pertanyaan mengenai ketiadaan kelibat isterinya, Ira Kazar pada majlis tersebut.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah disahkan bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Puteri Sarah Titip Pesanan Bijak Untuk Dr. Fie Hadapi Krisis Rumah Tangga

Sebelum itu, sekitar Januari lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Ira Kazarputeri sarahputeri sarah syamsul yusofSyamsul Yusof
https://lomp.at/ru0tp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara