Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Radja & Ella Bertentang Mata, Berjaya ‘Pukau’ Lebih 5,000 Penonton Di Mega Star Arena!

by Naddy Joe
November 14, 2023
via Orange International Entertainment

via Orange International Entertainment

Share on Facebook

Tanggal 12 November baru-baru ini,  telah menyaksikan paduan rock hebat extravaganza di antara dua benua segaris muzik iaitu Indonesia-Malaysia lantas berjaya menarik lebih daripada 5,000 penonton dalam sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu tahun ini iaitu ‘LIVE IN CONCERT RADJA (SPECIAL APPEARANCE ELLA)’ bermula sekitar jam 8:00 malam bertempat di Mega Star Arena KL @ Sg. Wang Plaza anjuran syarikat penganjur festival dan konsert terkemuka negara, Orange International Entertainment.

via Orange International Entertainment

Radja, yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) memulakan persembahan dengan lagu Bulan, diikuti hits-hits mereka seterusnya seperti Selalu Jauh Dari Cinta, Wahai Kau Cinta, Cinderella Benci Bilang Cinta, Ga Ada Waktu, dan lain-lain dengan jumlah 16 buah lagu kesemuanya yang dipersembahkan.

via Orange International Entertainment

Saat yang paling dinantikan apabila ratu rock negara, Ella muncul di pentas dengan menerima sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir dengan menyanyikan lagu Jujur serta Ta’kan Melupakanmu sebelum menutup acara.

“Terima kasih kepada semua penonton yang hadir dan ‘sing-along’ kepada lagu-lagu Radja, serta buat ‘Queen of Rock Malaysia’ Ella kerana sudi bersama-sama kami dalam satu pentas, dan setinggi-tinggi penghargaan buat Dato’ Fazli dari Orange Entertainment International kerana merealisasikan impian kami.

Ini adalah ‘new chapter’ buat Radja kembali ke Malaysian dengan respon yang sungguh luar biasa daripada peminat semua, terasa momen ‘intimate’ itu sepanjang konsert berlangsung,” kongsi Ian.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Jelas CEO dan pengasas Orange International Entertainment selaku penganjur konsert, iaitu Dato’ Mohd Fadzli Idrus, konsert berkenaan turut menerapkan peringatan terhadap solidariti kita buat kemelut peperangan yang melanda saudara seislam kita di Palestin, dan tetaplah melaungkan ‘free Palestine!’ sebagai tanda sokongan.

ella aminuddinRadja
https://lomp.at/ivc66
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Uyaina Arshad Pernah Disahkan Tak Boleh Hamil Kerana Ambil Ubat Untuk 2 Masalah Jantung?

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengimbas kembali momennya apabila pihak doktor memaklumkan bahawa dia berkemungkinan tidak dapat hamil disebabkan masalah...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Foto - @anzalnanasir88 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”

by Nurul A.
January 13, 2026

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga di Jepun baru-baru ini. Walaupun ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore