Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[VIDEO] Lihat Bakal Suami Curang Masa Hari Perkahwinan, Raja Ilya Beri Pandangan Pedas

Video yang dikongsikan selebriti ini mendapat pelbagai komen dan respon kaum hawa

by Puteri Alia
April 8, 2022
via (IG) Raja Ilya

via (IG) Raja Ilya

Share on Facebook

Video viral di TikTok di mana pengantin perempuan menangis melihat bakal suaminya, curang di depan mata menjadi bualan hangat ramai pengguna media sosial.

Rakaman yang tular itu juga menarik perhatian selebriti tanah air, Raja Ilya, pelakon jelita yang sedang berbadan dua ini tidak terkecuali memberi pandangan peribadi di Instagram nya.

“Pertama Kali Tengok Kejadian Macam Ni” – Raja Ilya

Melihat rakaman yang tular itu, Raja Ilya mengatakan pertama kali melihat kejadian seperti itu dan berlaku pada hari paling bersejarah dan bersimpati terhadap pengantin perempuan dalam video tersebut.

“OMG.. Tak boleh nak bayang kan perasaan pengantin perempuan ni !! Paling teruk di hari perkahwinan !! Pertama kali tengok kejadian macam ni di hari perkahwinan.. Gila berani laki ni !!! Cuma Tuhan saja tahu disebalik cerita insiden ni.. Harap wanita ini okay..” tulisnya

View this post on Instagram

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Kaum Hawa Banjiri Ruang Komen

Melihat perkongsian selebriti cantik itu d Instagram, rata-rata ramai golongan wanita membanjiri ruangan komen dengan memberi pandangan mereka terhadap apa yang berlaku berdasarkan rakaman video yang dikongsikan Raja Ilya.

“Nasib lah tak jadi kahwin, dah tuhan tu nak tunjukkan kebenaran sebelum nikah. Kalau dah nikah lagi lah menderita ditipu hidup-hidup..”

“Tak boleh bayang macam mana perasaan dia masa tu sakit beb !”

“Lebih baik dia tahu sebelum dia kahwin”

“Berkecai hati” komen mereka

via (IG) Raja Ilya

Rekaan Semata-Mata

Menerusi carian Murai my, memetik dari laman portal media antarabangsa Mundo Hispanico, video yang tular itu berlaku di negara Amerika Selatan, di Bolivia.

Difahamkan video viral tersebut sebenarnya bukanlah kejadian yang benar-benar berlaku, sebaliknya hanyalah rekaan semata-mata. Video tersebut merupakan hasil rakaman Santos Yudai yang merupakan ‘content creator’ di TikTok.

Santos juga banyak menghasilkan dan memuatnaik video-video tentang kecurangan dan ketidaksetiaan sebagai tema kontennya.

@santosyudai

Infidelidad en una Limosina ?? 14 de Febrero ?

♬ sonido original – Santos Yudai

Apa pun rakaman ini membuka mata orang ramai agar mereka selidik dan kenal bakal pasangan terlebih dahulu, supaya tidak tertipu dan makan hati seumur hidup!

[VIDEO] Wanita Terkejut Lihat Katak Terapung Dalam Air Minuman- "Color Tu Pun Dah Macam Asam Boi"
raja ilyatiktokViral
https://lomp.at/ynnd5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Beri Kejutan Ziarah Pembantu Rumah Di Indonesia, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momennya menziarah pembantu rumah kesayangannya, Linda di Indonesia,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Gambar sekadar hiasan, dihasilkan oleh AI
Lokal

Tak Boleh Ditarik Balik, Peguam Syarie Jelaskan Hak Mutaah- “Kalau Ada Perintah Mahkamah…”

by Nurul A.
January 8, 2026

Isu mutaah menjadi perbualan hangat selepas pempengaruh media sosial, Chazynash memaklumkan bahawa dia bakal menarik semula kemudahan (termasuklah mutaah, kereta...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore