Perdebatan di media sosial memang selalu cepat “panas”, tapi kali ini ramai netizen nampaknya lebih terhibur daripada marah apabila melihat bagaimana pelawak dan pelakon dikenali sebagai Nizam Jentik-jentik membalas kenyataan pempengaruh kecergasan, Tareq Fit.
Semuanya bermula apabila Tareq memuat naik satu soalan yang mengundang pelbagai reaksi.
Menurutnya, dia ingin tahu mengapa keadaan fizikal agamawan pada masa kini berbeza dengan gambaran yang sering dikaitkan dengan zaman dahulu.
“Kenapa dulu zaman Rasulullah agamawan badan fit, tegap, sihat… zaman kita kebanyakan agamawan boroi gemuk?? Jawab tanpa emosi,” tulisnya.
Kenyataan itu terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ada yang bersetuju, tetapi tidak kurang juga yang mempersoalkan cara soalan itu diajukan.
Nizam Balas Dengan ‘Jentikan’ Santai
Dalam kekecohan itu, Nizam tampil memberikan jawapan yang dianggap ramai sebagai “jentikan” yang cukup pedih tetapi bersahaja.
“Kenapa orang badan fit sekarang tak nak jadi agamawan? Dulu zaman Rasulullah ramai badan fit yang jadi agamawan… jawab tanpa emosi,” balasnya.
Jawapan itu segera mendapat perhatian ramai. Malah, ada yang menganggap ia satu respons yang cukup “kena” dengan persoalan asal.
Tareq Tidak Puas Hati
Namun, nampaknya perkara itu tidak berakhir di situ. Tareq membalas semula dengan nada yang lebih tegas.
“Sorry bro tapi soalan ni kurang bijak dari seorang penyokong hiburan haram… mana ada orang tanya macam ni. Yang penting kita amar makruf nahi mungkar. Jika ada ilmu pasal agama boleh kongsi. Kau tak perlu title ustaz,” tulisnya.
Nizam Terus Kekal Tenang
Tidak mengalah, Nizam sekali lagi menjawab dengan nada yang masih santai tetapi jelas dengan pendiriannya.
“Jadi mana yang lebih penting? Agamawan yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat atau agamawan yang berbadan sasa? Btw saya bukan penyokong hiburan haram,” katanya.
Perdebatan Berlarutan
Tareq kemudian menegaskan bahawa kedua-dua perkara itu penting.
“Yang penting menjadi Muslim mukmin berdakwah. Dua-dua penting badan dan ilmu. Aku kata penyokong hiburan haram bila check profile kau,” tulisnya lagi.
Namun jawapan terakhir Nizam dianggap ramai netizen sebagai penutup yang cukup “padu”.
“Yang penting menjadi Muslim mukmin berdakwah… haa cukuplah. Tak cakap pun yang penting menjadi Muslim mukmin berbadan sasa yang berdakwah…
PS – Kat mana profile saya yang saya tulis saya berlakon laki perempuan pegang tangan?” balasnya.
Netizen Lebih Terhibur
Menariknya, di ruangan komen ramai netizen dilihat lebih terhibur melihat cara Nizam membalas setiap kenyataan tanpa kelihatan terlalu emosional.
Ada yang memuji gaya jawapannya yang dianggap tenang tetapi tetap “mengena”. Malah tidak sedikit yang mengatakan perdebatan itu lebih menyerlahkan isu sebenar bahawa dakwah dan penyampaian ilmu tidak semestinya diukur melalui bentuk fizikal semata-mata.









