Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Ramai Pula Selebriti Suka 5 Krim Mata Ini, Katanya Mata Panda Boleh Hilang Semalaman!

by Soph Azz
February 7, 2024
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

“Yek! Rasa macam bukan diri sendiri pula lepas tengok cermin, dengan hitam macam panda dah mata!”

Jangan gelabah bila kamu perasan bahagian mata sudah tunjukkan tanda-tanda mata panda atau dark circle. Masalah ini sangat normal dan sering terjadi dalam kalangan kita terutamanya wanita.

Dan ramai juga yang mengambil langkah untuk menutup mata mereka dengan produk solekan seperti foundation, concealer dan banyak lagi. Tetapi kamu perlu tahu yang teknik ini adalah sementara saja.

Nak sesuatu yang berikan kesan berpanjangan dan kamu tak perlu bersembunyi di sebalik produk solekan? Miss Murai syorkan untuk kamu mula pakai krim mata!

Kenapa Krim Mata? 

Foto – Estee Lauder

 (Estee Lauder Advanced Night Repair Eye Supercharged Gel-Creme Sychronized Multi-Recovery Eye Cream)

Bergantung pada setiap individu, sekiranya bahagian bawah mata nampak sangat gelap atau eyebag terlampau ketara, sebaiknya guna krim mata dengan segera.

Foto – Watsons

(OLAY Regenerist Retinol 24 Night Eye Cream 15ml)

Krim mata menjadi saranan kebanyakan pakar kecantikan kerana ia mengandungi bahan-bahan yang khas untuk tangani masalah dark circle ini. Dan antara kebaikan krim mata adalah boleh hidratkan serta lembapkan semula kulit di sekitar mata, halang tanda penuaan, membaiki tekstur kulit di kawasan mata, meratakan tona kulit hingga ke melegakan mata sembap. 

Sekadar info, kawasan di sekitar mata kita cepat terdedah pada kerosakan, mudah alami kekeringan dan cepat sangat mengalami proses penuaan.

Foto – Sephora

(Dr. Dennis Gross C+ Collagen Brighten & Firm Eye Cream)

Miss Murai ada dua cara terbaik yang kamu boleh guna krim mata ini supaya berkesan. Antaranya:

Foto – Sephora

(Glow Recipe Guava Vitamin C Bright Eye Gel Cream)

  1. Simpan krim mata dalam peti sejuk sebelum guna kerana rasa kesejukan tambahan ini buatkan mata yang letih dan bengkak menjadi lebih tenang dan nyaman saja.
  2. Guna sebelum concealer kerana ia akan buatkan sapuan menjadi lebih lancar dan menghalang mata daripada terbentuk garisan halus.
Foto – Sephora

(Drunk Elephant Ceramighty™ AF Eye Balm)

Apa pun dalam rutin penjagaan wajah, pastikan kamu pakai krim mata sebelum pelembap okay?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
krim matakrim mata berkesankrim mata bestkrim mata terbaik
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara