Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Ramai Yang Keliru! Ini 10 Tips Memasak Guna ‘Slow Cooker’ Yang Betul

by Naddy Joe
July 2, 2020
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Periuk memasak seperti slow cooker bukanlah peralatan asing yang berada di setiap dapur di rumah. Slow cooker digunakan untuk mereneh masakan pada suhu yang rendah. Slow cooker memudahkan untuk kita memasak tanpa pengawasan selama beberapa jam hidangan yang akan direbus, dipanggang dalam periuk, sup, stew, dan hidangan lain termasuklah minuman, dan pencuci mulut.

Memasak menggunakan slow cooker terasa macam mudah untuk digunakan, namun ketika menggunanya, kadangkala anda akan rasa ‘confuse‘ walaupun telah membaca buku panduan yang disediakan.

Berikut adalah beberapa tips oleh BBC Good Food yang boleh digunakan untuk menggunakan slow cooker.

Via Amazon

Mengurangkan Masa Penyediaan

Salah satu tarikan utama bagi banyak orang adalah kemudahannya memasak secara perlahan. Jadi semasa anda sedang mencari resepi, elakkan resepi yang mempunyai banyak persediaan awal.

Untuk pelbagai hidangan, terutamanya sup dan stew, anda boleh terus memasukkan kesemua ramuan ke dalamnya. Adalah lebih untuk memastikan bawang dimasak terlebih dahulu, kerana rasanya berbeza berbanding memasukkannya dalam keadaan mentah, tetapi anda boleh melakukan eksperimen kedua-dua cara yang mana lebih anda suka.

Sediakan Pada Malam Sebelumnya

Jika anda kesuntukan masa pada waktu pagi, sediakan semua yang anda perlukan untuk makanan yang dimasak perlahan pada malam sebelumnya, masukkan ke dalam bekas, tutup dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.

Sebaiknya, bekas tersebut harus berada sedekat mungkin dengan suhu bilik, jadi keluarkan dari peti sejuk apabila anda bangun dan biarkan ia selama 20 minit sebelum menghidupkan slow cooker.

via BBC Good Food

Memilih Daging Yang sesuai 

Slow cooker sangat sesuai untuk memasak potongan daging seperti beef brisket, lamb shoulder, dan chicken thighs. Anda juga boleh menggunakan kurang daging, kerana slow cooking mengeluarkan ekstrak rasa daging yang akan meresap seluruh hidangan. Sebaliknya dengan sayur-sayuran.

Buang Lemak Dari Daging Sebelum Memasak Perlahan

Anda tidak perlu menambahkan minyak ke dalam slow cooker. Anda tidak memerlukan banyak lemak pada daging. Kebiasaannya apabila anda menggoreng daging, banyak lemak akan habis, tetapi ini tidak akan berlaku di dalam slow cooker. Membuang lemak akan memberikan anda kesan yang lebih sihat, dan ianya masih rasa sedap.

Kurangkan Cecair Semasa Menggunakan Slow Cooker

Hal ini kerana slow cooker anda akan mempunyai penutup yang tertutup rapat, cecair tidak akan menguap jadi jika anda menggunakan resepi standard, lebih baik mengurangkan cecair kira-kira sepertiga.

Ia mesti berada pada paras daging dan sayur-sayuran. Anda tidak boleh terlebih mengisi cecair pada slow cooker anda, kerana ia akan menyebabkan kebocoran dan makanan tidak dimasak sempurna. Separuh hingga dua pertiga penuh adalah ideal, pastinya tidak lebih daripada tiga perempat.

Guna Tepung Untuk Pekatkan Sos

Anda boleh menggulung daging dalam tepung yang sudah ditambah serbuk berperisa sebelum menambahkannya ke dalam slow cooker atau menggunakan sedikit tepung jagung pada akhirnya.

Jika anda ingin melakukannya pada masa akhir, ambil satu sudu teh atau dua sudu tepung jagung dan kacau dengan sedikit air sejuk sehingga jadi pes. Kemudian masukkan ke dalam slow cooker.

Via BBC Good Food

Menggunakan Slow Cooker pada Tetapan Rendah

Menurut BBC Good Food, Giny yang sudah bekerja menggunakan slow cooker lebih dari satu dekad, menasihatkan untuk menggunakan slow cooker pada low setting sebanyak mana yang anda boleh, mendapati kebanyakan hidangan mendapat manfaat dari kepanasan yang perlahan dan lembut untuk benar-benar mengeluarkan rasa.

Tinggalkan Slow Cooker Anda Keseorangan

Slow cooker direka untuk melakukan kerjanya sendiri, jadi anda tidak perlu sentiasa memeriksa keadaan slow cooker tersebut. Hal ini kerana setiap kali anda membuka penutup, ia akan membebaskan haba, jadi anda terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Menambahkan Semua Bahan Dari Mula ( Selalunya)

Sebaik-baiknya, anda ingin memilih resepi di mana, ramuan, boleh ditambahkan pada awalnya. Hal ini akan membiarkan anda bebas melakukan perkara lain. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, pasta, beras, dan herba segar perlu ditambah pada masa akhir.

Via BBC Good Food

Berapa Lama Saya Perlu Memasak Menggunakan Resepi Slow Cooker?

Sekiranya hidangan biasanya mengambil:

  • 15-30 minit, masak selama 1-2 jam pada suhu tinggi atau 4-6 jam pada suhu rendah.
  • 30 minit-1 jam, masak selama 2-3 jam pada suhu tinggi atau 5-7 jam pada suhu rendah.
  • 1-2 jam, masak selama 3-4 jam pada suhu tinggi atau 6-8 jam pada suhu rendah.
  • 2-4 jam, masak selama 4-6 jam pada suhu tinggi atau 8-12 jam pada suhu rendah.

Sayur yang berakar mengambil masa lebih lama berbanding daging dan sayur-sayuran lain, jadi letakkan ia berhampiran dengan sumber haba, di bahagian bawah periuk.

Jadi anda boleh mencuba resepi-resepi menggunakan slow cooker untuk dihidangkan untuk keluarga dan yang tersayang pada bila-bila masa sahaja. Jom masak!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
slow cookertips guna slow cookertips memasak
Share12Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara