Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Rasa Sedih Tengok”- Berlari Naik Tren MRT, Netizen Mahu Masa Diselaraskan?

by Puteri Alia
December 16, 2022
via Twitter Ikmal Arif @payottt

via Twitter Ikmal Arif @payottt

Share on Facebook

Baru-baru ini tular mengenai Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menyamar sebagai penumpang bagi meninjau situasi sebenar operasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan juga KTM Komuter mendapat pelbagai respon dari masyarakat.

Berlari Masuk MRT

Melihat inisiatif yang dilakukan Menteri Pengangkutan untuk melihat sendiri masalah yang dialami pengguna pengangkutan awam, kini orang ramai kerap berkongsi video serta gambar bagi menunjukan masalah yang timbul dan sering dihadapi pengguna pengangkutan awam.

Berdasarkan tinjauan Murai di laman Twitter, satu muatnaik dari pengguna media sosial yang dikenali sebagai Ikmal Arif @payottt menarik perhatian warganet dan menjadi bualan panas diruang balas ciapan.

“Timing kasi cantik sikit.. Penat nak lari hari-hari” ciapnya

Video yang dikongsikan individu ini memaparkan situasi orang awam berlari di stesen Kwasan Damansara bagi menaiki MRT. Berdasarkan rakaman, stesen ini merupakan stesen pertukaran antara laluan MRT Kajang dan MRT Putrajaya.

Timing kasi cantik sikit.. penat nk lari hari2? pic.twitter.com/VWt2T9ocEJ

— Ikmal Arif (@payottt) December 15, 2022

Mahu Masa Diselaraskan

Melihat video tersebut ramai warganet berkongsi pelbagai pandangan dan respon, rata-rata memberi komen mahu masa tren antara dua laluan berkenaan diselaraskan bagi memudahkan pengguna.

“Bertimbang rasa lah dan beri masa beberapa minit untuk mereka naik. Ini bukan salah mereka yang tren satu lagi sampai sedikit lewat. Jika tidak selaraskan masa yang sesuai untuk sampai dan berlepas.”

“Alang-alang, bagi lah seminit dua. Kalau tak, baik gerak je dulu tak payah buat orang lari macam ni.” Ciap warganet

via Twitter

Selain itu, ada juga yang memberi ciapan mahu hal ini mendapat perhatian Menteri pengangkutan, Anthony Loke supaya ada jalan penyelesaian dilakukan.

“Rasa sedih sebab tengok bersungguh-sungguh rakyat Malaysia lari terutama akak baju kelabu tu. Nak lari dari trafik, kena lari dekat MRT. Harap menteri berkaitan buat sesuatu sebelum ada apa insiden yang tak diingini berlaku.”

“Anthony Loke tolong selesaikan ini.”

“@anthonyloke YB, maaf anda perlu kerja lebih masa. Ayuh!!!” Ciap mereka

Respon Rapid KL

Video yang tular ini, berjaya mendapat perhatian dan respon balas dari laman Twitter Prasarana Malaysia Berhad yang dikenali sebagai Ask Rapid KL.

“Untuk makluman, kekerapan tren laluan MRT Kajang dan laluan Putrajaya adalah berbeza. Ianya tidak boleh diselaraskan.” Ciap prasarana

via Twitter

Masalah masa dan kekerapan antara tren berlainan laluan sudah lama dihadapi pengguna pengangkutan awam, dan itu belum lagi masalah tren lewat atau mengalami masalah teknikal lain.

Masalah Teknikal Lagi? Laluan Kelana Jaya Kembali Uji Kesabaran Pengguna Waktu Puncak

Jika tidak boleh diselaraskan, mungkin boleh tunggu seminit dua untuk beri penumpang naik tren seperti yang disarankan warganet. Apa pandangan anda tentang isu ini?

KTMlrtMRT KajangMRT malaysiaMRT Putrajaya
https://lomp.at/jq74b
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore