Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Rasa Terkilan Pasal Keluarga Sendiri”- Anak Saudara Dakwa Che Nom Abai Kebajikan Pekerja

by Soph Azz
July 21, 2025
Foto - resepichenom (FB)

Foto - resepichenom (FB)

Share on Facebook

Baru-baru ini kecoh mengenai pempengaruh masakan yang popular iaitu Che Nom, atau nama sebenarnya Normah Bakar. Menerusi platform Facebook, Che Nom telah meluahkan rasa kecewanya apabila anak saudaranya telah membuat laporan mengenai dirinya di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kongsi Che Nom, dia menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan membuat keputusan untuk mengupah anak saudaranya yang telah dijaga sejak kecil. Walaupun anak saudaranya itu tiada kelulusan yang berkaitan, Che Nom mengambilnya bekerja bersama kerana mahu membantunya.

View this post on Instagram

A post shared by Che Nom Normah Bakar (@che_nom)

“Hai semua, Assalamualaikum! Hari ni Che Nom nak luah sikit lah. Sedih sangat hati ni, sampai menitis air mata bila teringat balik. Ni bukan resepi, tapi rasa terkilan sangat-sangat pasal keluarga sendiri.

Che Nom buat bisnes kecil-kecilan je, bisnes keluarga, niat memang nak bantu ahli keluarga sendiri. Yelah kan, kalau bukan kita yang tolong keluarga, siapa lagi nak tolong?

Che Nom ambil anak saudara kerja sekali, walaupun dia tak ada kelulusan berkaitan. Anak saudara ni bukan orang lain, Che Nom sendiri yang besarkan dia dari kecil. Bila dah besar sikit, Che Nom ambil kerja sekali sebab nak bagi peluang, nak bagi dia survive kat Klang Valley ni. Kita bagi fixed income bulanan supaya hidup dia senang sikit kat sini.”

View this post on Instagram

A post shared by Che Nom Normah Bakar (@che_nom)

Che Nom juga mendedahkan bahawa anak saudaranya itu diberikan gaji yang tetap, cuti untuk mengerjakan ibadah umrah, bantuan kewangan dan penginapan. Tetapi apa yang membuat Che Nom terkejut, anak saudaranya itu telah membuat laporan ke JTK dan KWSP sehingga dia kini berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Kerja tak banyak sangat pun, seminggu tak sampai 20 jam. Bila nak pergi Umrah, Che Nom bagi je cuti sampai sebulan—bukan sekali, tapi dua tahun berturut-turut. Bukan setakat cuti, gaji penuh tetap bagi, duit poket Che Nom tambah lagi, visa pun Che Nom bayarkan. Semua sebab nak bantu ikhlas hati.

Tapi tiba-tiba, dia boleh pergi report ke JTK dan KWSP guna bayaran tetap bulanan sebagai bukti Che Nom tak jaga kebajikan pekerja. Ya Allah, memang sedih sangat bila dapat tahu. Lepas tu ni pula tiba-tiba dapat surat saman dari Jabatan Tenaga Kerja, bertambah-tambah kecewanya.”

View this post on Instagram

A post shared by Che Nom Normah Bakar (@che_nom)

Pada masa yang sama, Che Nom juga meluahkan kekecewaannya apabila ada pihak yang terlibat tidak memahami realiti perniagaan kecil-kecilan yang tidak beroperasi seperti syarikat besar.

“Sistem kerajaan pun satu hal, tak faham beza antara bantu ahli keluarga secara santai dengan syarikat besar yang ada HR dan kontrak bagai. Che Nom harap sangat sistem kat Malaysia ni boleh faham realiti bisnes keluarga kecil-kecilan macam kita ni. Kalau semua benda kena formal sangat, susahlah kita nak bantu keluarga sendiri.”

Sehingga ke hari ini, kongsian Che Nom itu di Facebook telah mendapat sekitar 5.8 ribu komen, 44 ribu tanda suka dan 3.5 ribu kongsian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
che nom
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara