Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

by Jash Lee
January 22, 2024
Share on Facebook

Samsung Electronics Co., Ltd. telah melancarkan Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+ dan Galaxy S24, dan secara langsung memperkenalkan pengalaman mudah alih baharu dengan Galaxy AI. Siri Galaxy S menerajui era baharu yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna selama-lamanya. AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam siri Galaxy S24, dari membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar, kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dengan fitur ProVisual Engine Galaxy, dan menetapkan standard baharu untuk carian di atas talian yang akan mengubah cara pengguna Galaxy menjelajahi dunia di sekeliling mereka.

“Siri Galaxy S24 mengubah cara kami berhubung dengan dunia dan menyemarakkan inovasi mudah alih untuk dekad seterusnya,”-kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics.

“Galaxy AI dibina atas warisan inovasi dan pemahaman kami yang mendalam terhadap cara orang menggunakan telefon mereka. Kami bersemangat untuk melihat bagaimana pengguna kami di seluruh dunia memperkasakan kehidupan seharian mereka dengan Galaxy AI untuk mengorak kemungkinan baharu.”-Tambahnyalagi

Rancakkan Pengalaman Seharian Anda

Galaxy AI memperkenalkan kecerdasan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti setiap aspek kehidupan, terutamanya peranan telefon yang paling asas: komunikasi. Apabila anda menghadapi kekangan Bahasa, samada semasa berbual dengan pelajar atau rakan sekerja lain dari luar negara, meskipun membuat tempahan semasa bercuti di negara lain, Galaxy S24 menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum in. Semuanya beres dengan fitur Live Translate, iaitu suatu fitur penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagi panggilan telefon dalam aplikasi terbina. Pengguna tidak memerlukan sama sekali sebarang apl pihak ketiga dan AI terbina memastikan perbualan pengguna adalah selamat dengan sepenuhnya.

Dengan fitur Interpreter, perbualan boleh diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin terpisah supaya orang yang berdepan boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist boleh membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial. Kecerdasan Buatan (AI) yang terbina ke dalam Papan Kekunci Samsung juga boleh menterjemahkan mesej secara langsung ke dalam 13 bahasa. Di dalam kereta, Android Auto akan merumuskan mesej yang diterima secara automatik dan mencadangkan balasan serta tindakan yang bersesuaian, seperti memaklumkan jangkaan masa ketibaan anda, supaya anda boleh terus berhubung sambil memberi tumpuan kepada jalan raya.

Aktiviti pengurusan juga kuat didayakan dengan fitur Note Assist  dalam Samsung Notes, yang menampilkan ringkasan yang dihasilkan oleh AI, penciptaan templat yang megolah nota mengikut format tersedia, dan mengarang muka nota untuk memudahkan imbasan maklumat. Untuk rakaman suara, walaupun terdapat beberapa penceramah, fitur Transcript Assist menggunakan kecerdasan buatan dan teknologi Speech-to-Text untuk mentranskripsi, merumus, dan juga menterjemahkan rakaman.

Nikmati Keindahan Dunia Dengan Kreativiti Terserlah

Fitur ProVisual Engine dalam siri Galaxy S24 adalah lengkapan komprehensif alatan berkuasa AI yang meningkatkan kebolehan menangkap imej dan memaksimumkan kebebasan kreatif, daripada menyediakan syot sehinggalah kepada berkongsinya di media sosial. Hilang sudah imej goyah dan berpiksel yang diambil dari jauh – sistem Quad Tele Galaxy S24 Ultra, yang dikuasakan kanta zum optik 5x baharu dan fitur Adaptive Pixel Sensor, berfungsi dengan sensor 50MP untuk mendayakan prestasi kualiti optik pada tahap pembesaran 2x, 3x, 5x hingga 10x. Imej juga jelas kelihatan sehingga ke pembesaran 100x berkat zum digital yang dipertingkatkan.

ProdukModelRRPPilihan Warna
Galaxy S24 UltraGalaxy S24 Ultra 

(1TB)

RM7,799
  • Titanium Gray
  • Titanium Yellow
  • Titanium Violet
  • Titanium Black
  • Online Exclusive (Titanium Blue, Titanium Orange, Titanium Green)
Galaxy S24 Ultra (512GB)RM6,799
Galaxy S24 Ultra (256GB)RM6,299
Galaxy S24+Galaxy S24+ 

(512GB)

RM5,399
  • Cobalt Violet
  • Amber Yellow
  • Marble Gray
  • Onyx Black
  • Online Exclusive (Sandstone Orange, Sapphire Blue, Jade Green)
Galaxy S24+ 

(256GB)

RM4,899
Galaxy S24Galaxy S24 

(512GB)

RM4,599
  • Amber Yellow
  • Cobalt Violet
  • Marble Gray
  • Onyx Black
  • Online Exclusive (Sandstone Orange, Sapphire Blue, Jade Green)
Galaxy S24 

(256GB)

RM4,099

* Warna eksklusif dalam talian hanya tersedia di www.samsung.com/my/

*  Model 1TB hanya eksklusif di www.samsung.com/my/

Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy S24, sila lawati: Samsung Newsroom, Samsungmobilepress.com atau Samsung.com.

Tempah sekarang: 

  • https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24/buy/
  • https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24-ultra/buy/ 

Dapatkan sekarang!, Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman baru dari SAMSUNG!

samsung galaxy AIsamsung galaxy s24samsung galaxy s24 ultrasamsung galaxy titanium
https://lomp.at/75ii4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
LifeXplore

Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
January 11, 2026

Zaman sekarang, hidup kita penuh dengan tugasan, idea, dan notifikasi, kelas, kerja, assignment, content, semua nak kena buat serentak. Kadang...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore