• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Rasai Pengalaman Bersama 500 Ekor Arnab Di Rabbit Wonderland, Lost World Of Tambun

by Phic ARMAN
January 12, 2023
Share on Facebook

Taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh Perak membawakan pengalaman berbeza kepada para pengunjungnya lagi-lagi jika anda seorang pencinta haiwan.

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi, Rabbit Wonderland menjadi tarikan terbaru sepanjang  Tahun Baru Cina iaitu tahun arnab.

Rabbit Wondeland mempunyai kira-kira 500 ekor arnab yang terdiri daripada 14 spesies antaranya Teddy, Lionhead dan Holland Lop namun hanya 250 ekor yang akan berada dalam Rabbit Wonderland dalam satu masa.

Jom lihat gambar-gambar sekitar Rabbit Wonderland, di Lost World Of Tambun (LWOT) .

Dihiasi landskap menarik dengan pandangan seperti rumah hobbit, Rabbit Wonderland juga boleh menjadi lokasi menarik untuk bergambar.

Walaupun hanya arnab sahaja tetapi anda pasti akan tertarik kerana pelbagai jenis arnab terdapat di sini. Aksi-aksi arnab pasti dapat menghilangkan tekanan yang dialami. Anda berpeluang untuk pegang dan memberi arnab makan. Ianya pasti satu aktiviti yang seronok dan menarik.

Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd Azahari

Di Rabbit Wonderland , pengunjung boleh bermain dengan arnab seperti haiwan peliharaan mereka sendiri. Selain bermain, pengunjung boleh meluangkan masa bersama anak-anak untuk memberi makanan kepada arnab yang comel dan bijak ini.

Sementara itu, Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd Azahari, berkata, sepanjang Tahun Baru Cina, pengunjung akan disajikan persembahan akrobatik tarian singa yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun

” Tarian singa menjadi tarikan utama pada 22 dan 23 Jan ini manakala persembahan dan aktiviti Hopping New Year, Chinese Culture Meet and Greet, Spring’s Day dan Muhibbah Dance akan berlangsung bermula 20 Januari hingga 5 Februari,”- katanya ketika sidang media.

Tunggu apa lagi, jom ke LWOT dan jika pencinta haiwan peliharaan, tidak sah jika  tidak singgah ke Rabbit Wonderland. Untuk butiran lanjut, anda boleh berkunjung laman sesawang mereka di sini.

sunway lagoon
https://lomp.at/bu7dg
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore