Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Raya Masih Sakan, Tapi Jangan Lupa Claim Bantuan BAKIPT Untuk Anak Kedah, Ini Cara Mohon & Syarat

by Ayu Kamaruddin
March 25, 2026
Share on Facebook

Dalam kesibukan beraya, ziarah sanak saudara dan menikmati juadah tradisi, ada satu perkara penting yang anak Kedah jangan terlepas pandang, Bantuan Awal Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (BAKIPT) 2026. kini kembali.

Rakyat Negeri Kedah yang menyambung pengajian ke IPT boleh memohon Bantuan Awal Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (BAKIPT) yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah. Inisiatif daripada kerajaan negeri Kedah ini khas buat anak kelahiran Kedah untuk yang baru ingin melangkah ke alam IPT.

Apa Itu Bantuan BAKIPT?

BAKIPT merupakan bantuan kewangan one-off sebanyak RM300 yang disediakan khas untuk pelajar anak Kedah yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Permohonan pula dibuat secara online melalui sistem iBAKIPT, jadi lebih mudah dan cepat dan tak perlu beratur panjang pun.

Tarikh Permohonan

Dibuka: 1 Mac 2026
Ditutup: 31 Oktober 2026

Jumlah Bantuan
RM300 (one-off)

Syarat Kelayakan

Nak mohon? Pastikan anda:

  • Warganegara Malaysia
  • Anak Kedah (lahir & menetap di Kedah)
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,249 (kategori B40)
  • Pelajar sepenuh masa (semester pertama sahaja)
  • Sudah terima surat tawaran ke IPT (dalam atau luar negara)
  • Pengajian diiktiraf oleh MQA

Antara yang tidak layak memohon:

  • Pelajar separuh masa
  • Pelajar pasca siswazah
  • Pelajar IPG atau DPLI
  • Pelajar kolej komuniti & sijil kemahiran vokasional
  • Pelajar semester kedua dan ke atas

View this post on Instagram

Cara Mohon BAKIPT

Proses permohonan boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat sekiranya semua dokumen telah disediakan. Confirm boleh settle walaupun tengah sibuk layan kuih raya.

  • Layari portal rasmi iBAKIPT
  • Daftar & isi maklumat permohonan
  • Semak status DUN melalui laman SPR
  • Hantar permohonan secara online

Lepas lulus, bayaran akan dibuat melalui Pusat Khidmat DUN kawasan masing-masing.

Sekadar info tambahan, bantuan ini hanya boleh dipohon sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian,
wajib semak DUN sebelum mohon dan permohonan boleh dibatalkan jika maklumat tidak tepat

BAKIPT ni mungkin nampak kecil, tapi sangat membantu sebagai ‘kickstart’ perjalanan ke IPT. Jadi, lepas penat beraya tu, ambil sedikit masa apply bantuan ni. Mana tahu, lepas raya bukan saja dapat duit raya, tapi dapat juga bantuan sekali.

Bantuan Awal Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (BAKIPT)
https://lomp.at/dmp1j
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

99 Speed Mart Kongsi Rezeki, Agih 15,000 Bakul Perayaan Lebih RM700,000 Sempena Raya & CNY

by Ayu Kamaruddin
March 23, 2026

Rangkaian pasar raya mini terkenal, 99 Speed Mart sekali lagi tampil dengan inisiatif prihatin apabila menyalurkan sumbangan melebihi RM700,000 menerusi...

Read moreDetails
Insentif

Rumah Subsidi RM20K & Pinjaman Tanpa Faedah 16 Tahun, RMR Jadi Rebutan Rakyat Terengganu

by Ayu Kamaruddin
March 4, 2026

Sebanyak 680 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di Terengganu pada tahun ini menerusi inisiatif Syarikat Perumahan Negara Berhad...

Read moreDetails
Insentif

Anak Pahang Hafaz 5 Juzu’ Ke Atas? Ini Cara Mohon Saguhati Hafazan MUIP 2026

by Ayu Kamaruddin
March 4, 2026

Golongan penghafaz al-Quran di Pahang kini berpeluang menerima penghargaan khas apabila permohonan Bantuan Saguhati Hafazan 2026 rasmi dibuka bermula 2...

Read moreDetails
Insentif

Hafaz 30 Juzuk Boleh Dapat RM4,500, MAIWP Tawar Insentif Lumayan Untuk Para Huffaz

by Ayu Kamaruddin
March 5, 2026

Berita baik buat para huffaz di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz...

Read moreDetails
Insentif

SARA One-Off RM100 Mula Disalur Hari Ini, Lebih 22 Juta Rakyat Layak

by Ayu Kamaruddin
February 9, 2026

Bermula hari ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua rasmi disalurkan kepada rakyat Malaysia, melibatkan peruntukan besar berjumlah RM2.2 bilion....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara