Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Raya Sakan Jangan Sampai Terlepas! Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 Masih Dibuka Hingga 30 April

by Ayu Kamaruddin
March 23, 2026
Share on Facebook

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang sedang sibuk dengan persiapan, ziarah keluarga dan menikmati momen bersama insan tersayang. Tapi dalam ‘mood raya’ yang penuh vibes ini, jangan sampai terlepas satu peluang penting iaitu permohonan Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 yang kini masih dibuka.

Untuk info, permohonan bantuan ini telah dibuka sejak 2 Mac 2026 dan akan ditutup pada 30 April 2026 bagi Bantuan Sara Diri dan Baucar Buku. Jadi, sempat lagi untuk mohon, jangan tunggu last minute!

View this post on Instagram

Apa Itu Bantuan Mahasiswa Anak Perak?

Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Perak bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup dan keperluan akademik.

Secara keseluruhan, sebanyak RM4.75 juta diperuntukkan untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga.

3 Jenis Bantuan Yang Ditawarkan

Kalau anda anak Perak yang sedang belajar, ini antara bantuan yang boleh dimohon:

1. Bantuan Sara Diri
Bantuan kewangan one-off untuk tampung kos harian seperti makan, penginapan dan pengangkutan.
Kadar bantuan:

Diploma: RM500
Ijazah: RM700
Master: RM800
PhD: RM1,000

2. Bantuan Baucar Buku
Bantuan sebanyak RM150 untuk pembelian buku dan keperluan akademik.
Terhad kepada 5,000 pelajar terawal, siapa cepat dia dapat!

3. Bantuan Kecemasan Mahasiswa
Khas untuk pelajar yang berdepan situasi tidak dijangka seperti kemalangan atau masalah kesihatan.
Nilai bantuan boleh mencecah sehingga RM5,000 bergantung kepada kes.
Nilai bantuan boleh mencecah sehingga RM5,000 bergantung kepada kes.

Via Laman Web Rasmi EHEYNS

Tarikh Penting Yang Perlu Ambil Tahu

Walaupun raya tengah happening, ini tarikh yang anda kena alert:

Bantuan Sara Diri & Baucar Buku
Tutup: 30 April 2026
Bantuan Kecemasan Mahasiswa
Tutup: 31 Oktober 2026

Cara Mohon Bantuan

Permohonan dibuat sepenuhnya secara online melalui portal rasmi Akuan Pengesahan Mahasiswa

Pemohon perlu:

  • Muat turun borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
  • Mendapatkan cop pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Wakil Rakyat / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT di borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan kesemua dokumen lampiran.
  • Membuat permohonan secara atas talian di laman web EHEYNS dan muat naik bersama dokumen yang telah disahkan.
  • Semua dokumen lampiran yang telah dimuat naik perlu dihantar secara serahan kaunter atau pos ke pejabat: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

Syarat Ringkas Kelayakan

Secara umum, pemohon mestilah:

  • Anak kelahiran Perak atau bermastautin di Perak
  • Pelajar IPT sepenuh masa
  • Mempunyai pendapatan isi rumah mengikut syarat yang ditetapkan
  • Memenuhi syarat khusus mengikut jenis bantuan

Raya memang setahun sekali, tapi peluang bantuan macam ni pun bukan selalu datang. Dalam kita enjoy lemang, rendang dan open house, sempatkan juga luangkan masa untuk apply bantuan ni.

Mana tahu, lepas raya nanti duit bantuan masuk terus boleh ‘survive’ semester dengan lebih tenang. Bijak urus, bijak rebut peluang.

Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026
https://lomp.at/k9mej
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

by Ayu Kamaruddin
March 9, 2026

Berita baik buat mahasiswa anak Johor, Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kini membuka permohonan Insentif Mahasiswa Anak...

Read moreDetails
Insentif

99 Speed Mart Kongsi Rezeki, Agih 15,000 Bakul Perayaan Lebih RM700,000 Sempena Raya & CNY

by Ayu Kamaruddin
March 23, 2026

Rangkaian pasar raya mini terkenal, 99 Speed Mart sekali lagi tampil dengan inisiatif prihatin apabila menyalurkan sumbangan melebihi RM700,000 menerusi...

Read moreDetails
Insentif

Boleh Beli Ayam & Ikan. SARA Kini Diperluas, Makanan Sejuk Beku Masuk Dalam Senarai

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Kerajaan bersetuju untuk meluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan memasukkan makanan sejuk beku, satu langkah yang dilihat lebih...

Read moreDetails
Insentif

34 Smart Lane Diaktifkan Sepanjang Lebuh Raya PLUS Sempena Aidilfitri, Ini Senarai Lokasi Terlibat

by Ayu Kamaruddin
March 18, 2026

Menjelang musim balik kampung sempena Aidilfitri, PLUS Malaysia Berhad mengumumkan pengaktifan 34 lokasi Smart Lane di sepanjang rangkaian lebuh rayanya...

Read moreDetails
Berita

Raya 20 atau 21 Mac? Penentuan Syawal 1447H Bergantung Cerapan Hilal Malam Ini

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 kini menjadi perhatian ramai apabila umat Islam di Malaysia bakal mengetahui keputusan rasmi pada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara