Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[Re.Hab] Bukan Main-main – Aisha Retno Ambil Risiko Besar Demi Album Pertama

by Aphit J.
August 30, 2025
Share on Facebook

Aisha Retno kini melangkah ke satu fasa baru dalam kerjayanya dengan pelancaran album studio pertama bertajuk [Re.Hab].

Album Pertama, Langkah Penuh Warna

via Asraf Aided

Dalam fasa pertama ini, lima lagu telah pun dilancarkan secara digital – Tak Adil, Jeda, O.R.B.I.T, Lengkapilah Kita (Missing Peace) dan Titik Temu (berduet dengan Megat Fazly).

Masing-masing tampil dengan gaya berbeza, daripada pop rock, pop etnik hinggalah ke balada emosi, menunjukkan kepelbagaian genre dan kekuatan vokal Aisha yang semakin matang.

Lagu Tak Adil sebelum ini sudah mendapat sambutan hangat dan kini Jeda pula mencuri perhatian dengan mesej mendalam dan visual muzik video yang penuh berseni.

Menurut Aisha, perkataan “jeda” sendiri membawa maksud berhenti seketika – sangat selari dengan tema album [Re.Hab] yang berkisar tentang proses penyembuhan diri.

Kisah Peribadi Jadi Inspirasi Lagu

via Asraf Aided

Aisha mengakui, kebanyakan lagu dalam album ini diinspirasikan daripada pengalaman hidupnya sendiri.

Lagu Jeda misalnya, menggambarkan dirinya yang sedang ‘berehat’ daripada dunia percintaan untuk fokus kepada kerjaya.

Dengan penggunaan metafora “srikandi dan arjuna”, lagu ini membawa kisah seorang wanita yang tidak lagi mudah dipujuk dengan janji manis.

Lagu-lagu lain juga membawa cerita yang rapat dengan hati – O.R.B.I.T tentang rasa seperti bermimpi ketika jatuh cinta, Missing Peace tentang keinginan untuk melengkapi hidup seseorang, manakala Titik Temu menyentuh rasa ragu dan harapan tentang cinta yang mungkin datang semula.

Topik Berkaitan “Acik Dah Masuk 50 Tahun Dik…”- Siti Nurhaliza Jawab Peminat Minta Menari Macam Anggerik

Usaha Gigih & Sentuhan Keluarga

via Asraf Aided

Album [Re.Hab] bukan hanya simbol kejayaan Aisha, tapi juga hasil kerja kerasnya bersama adik sendiri, Radi.

Mereka berdua terlibat secara langsung dalam penulisan, produksi, dan rakaman lagu.

Malah, mereka menggunakan studio sendiri di rumah, menjadikan proses lebih efisien dan peribadi.

Walaupun menelan belanja besar, Aisha tetap puas kerana inilah impiannya sejak awal. Album ini bukan sekadar koleksi lagu, tetapi satu bentuk luahan diri, kisah hidup, dan proses pemulihan emosi yang dikongsi bersama pendengar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aisha Retno
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara