• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Review Filem 7 Days In Entebbe: Jalan Cerita Dari Kisah Benar

by Khai Azfar
March 22, 2018
ENT_LD_011216_05434.NEF

ENT_LD_011216_05434.NEF

Share on Facebook

7 Days In Entebbe mungkin akan jadi satu topik perdebatan hangat untuk anda yang gemarkan filem yang mempunyai unsur adaptasi, berkisarkan mengenai ‘hijack’ dan sesuatu filem yang akan membawa anda ke satu tahap untuk berfikir dengan lebih mendalam.

Penuh Persoalan

Itulah perasaan kami setelah menonton filem Jose Padilha ini. Nasihat kami apabila anda ingin menonton filem ini, jangan sesekali meletakkan filem ‘hijack’ dalam genre yang penuh aksi kerana 7 Days In Entebbe adalah sebaliknya.

Pada mulanya kami cuba fokuskan untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam melihat filem aksi seperti filem ‘hijack’ yang lain.

7 Days In Entebbe menceritakan mengenai kisah benar rampasan kapal terbang Air France pada tahun 1976,dimana terdapat lebih dari 250 penumpang dijadikan sebagai tebusan di lapangan terbang Uganda selama 7 hari.

Filem yang berdurasi hampir 120 minit dan secara keseluruhan filem ini agak sederhana. Terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan filem ini yang ingin kami fokuskan.

Kekurangan Aksi Hebat

Menonton filem genre aksi selama 2 jam tanpa sebarang aksi ibarat anda makan nasi tanpa sebarang lauk! Namun begitu filem ini bukanlah tiada sebarang aksi. Dari permulaan hinggalah ke babak akhir, anda hanya dapat melihat aksi tembak-menembak pada 15 minit terakhir 7 Days In Entebbe.

Kemudiannya, suka untuk kami fokuskan pada ‘plot twist’ filem ini dimana anda akan dapat lihat kemunculan watak seorang askar Israel dan juga isterinya.

YouTube video

Persoalan kami mengapakah watak tersebut secara tiba-tiba difokuskan? Ianya seperti meletakkan satu taruhan besar di dalam filem ini namun taruhan besar tersebut kurang meyakinkan.

Apa pun, kekuatan filem ini terletak pada permulaan filem ketika saat kapal dirampas dan juga pada pelakonnya yang mempunyai nama besar dalam filem Hollywood. Seterusnya kami letakkan pada anda untuk menilai kerana seperti yang kami beritahu, filem ini berdasarkan kisah benar.

Jadi nasihat kami fahamkan dahulu rentetan kisah kapal Air France yang dirampas pada 1976 dan mungkin membantu anda untuk memahami isi jalan filem ini. Rating kami untuk filem ini – 3/5 Bintang.

Sinopsis 7 Days In Entebbe

Filem 7 Days In Entebbe dihasilkan berdasarkan kisah benar mengenai rampasan kapal terbang Air France yang berlaku pada tahun 1976. Seramai lebih dari 250 penumpang telah dijadikan tebusan di lapangan terbang Entebbe, Uganda selama seminggu. Punca rampasan ini berlaku adalah kerana ingin membalas dendam terhadap rakyat Israel kerana mengebom askar-askar mereka di bumi Palestin. Rampasan ini juga dirancang dengan kerjasama Angkatan Ugandan Amin (Nonso Anozie).

Brigitte Kuhlmann dan Wilfried Bose merupakan revolusioner Jerman kiri bersama dua orang Palestin telah menuntut kapal terbang bernilai $5 juta dan pembebasan rakyat Palestin yang ditangkap. Kemuncak filem ini bermula apabila diplomatik telah meluluskan rancangan untuk menyelamatkan tebusan di Entebbe. Dilakonkan oleh Rosamund Pike, Daniel Brühl, Wilfried Böse dan Eddie Marsan.  7 Days In Entebbe akan mula ditayangkan pada 29 Mac ini diseluruh pawagam berhampiran.

7 days in entebbereview filemreview filem 7 days in entebbesinopsis 7 days in entebbe
https://lomp.at/flkba
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore